Pelakon Puteri Sarah Liyana menitipkan pesanan kepada bekas isteri Nubhan iaitu Dr Afifah agar kekal tenang berdepan dengan konflik rumah tangga demi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Barang Peribadi Dr Afifah Dicampak Fitnah, Nubhan Sedia Bayar Ganti Rugi Jika Ada Kecacatan’ – Peguam
‘Kawal emosi, bertindak dengan bijak’

Menerusi hantaran di Threads, Puteri Sarah memaklumkan bahawa Dr Afifah kini berada di tangan yang tepat kerana diwakili oleh peguam tersohor, Dato’ Akberdin Abdul Kader.
Puteri Sarah menyifatkan peguam tersebut sebagai seorang yang sangat bijak dalam menyusun strategi perundangan.
Saya percaya peguam awak sekarang adalah peguam saya dulu, Dato’ Akberdin. Beliau seorang yang sangat bijak.
Duduk dan berbincanglah dengan beliau bagaimana untuk dapatkan semula (hak anda) dengan bijaksana.
Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, Sarah menasihati Dr Afifah supaya tidak terlalu mengikut emosi, selain mengingatkan supaya segala strategi perundangan dirahsiakan sepenuhnya daripada pengetahuan umum.
Kawal emosi anda, bertindak dengan bijak. Jangan beritahu apa-apa rancangan anda.
Tahu-tahu saja sudah dilaksanakan supaya ia menjadi kejutan kepada pihak sebelah sana. Semoga berjaya. Insha-Allah, semuanya akan baik-baik saja.
Sebelum ini, Dr Afifah mendakwa Nubhan bertindak luar kawalan dengan ‘mencampak’ keluar barang-barang peribadinya dari rumah mereka sewaktu dia berada di luar negara.
Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli menafikan dakwaan tersebut sebaliknya, menegaskan bahawa proses pemindahan barang tersebut dilakukan dengan cermat.
Sumber: Threads Dr Afifah
The post Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Dr Afifah – ‘Kawal Emosi, Bertindak Dengan Bijak & Jangan Dedah Perancangan’ first appeared on OHBULAN!.





