Dunia hiburan tempatan baru-baru ini dikecohkan dengan pendedahan beberapa pelakon mengenai realiti pahit di sebalik tabir industri seni.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Sambung Master – ‘Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2026’
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Sekarang Saya Masih Ada Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua’ – Puteri Sarah
Pengalaman Puteri Sarah

Tampil memberikan respons terhadap isu panas tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi pengalaman berbeza yang dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.
Puteri Sarah meluahkan rasa syukur dan bertuah kerana dikelilingi dan dijaga oleh nama-nama hebat pada awal penglibatannya sebagai anak seni.
Alhamdulillah setakat ini tak ada, semua okay. Saya tak ada masalah.
Awal pembabitan saya dalam industri saya bermula dengan Datuk M. Nasir. Jadi masa itu M. Nasir dan Marlia Musa yang jaga saya.
Jadi saya rasa masa itu saya tak ada masalah sangat. Dia orang sangat-sangat menjaga saya, alhamdulillah okay semuanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama TV Tuisyen di Balai Berita, Bangsar pada Jumaat.
Bakat penting dari kontroversi

Ditanya mengenai trend masa kini yang seolah-olah mewajibkan seseorang artis mempunyai kontroversi untuk kekal relevan, Puteri Sarah menegaskan bahawa dia lebih mempercayai kekuatan bakat seseorang pelakon.
Saya bukan orang yang terbaik untuk cakap perkara ini tapi kadang-kadang kontroversi itu kita tak minta. Macam Sarah sendiri saya tak minta benda perkara itu terjadi.
Kalau kita nak buat kontroversi sekurang-kurangnya buatlah kontroversi yang. Contoh kita tengok macam Khairul Aming, itu kontroversi yang baik.
Nak kata bergantung pada kontroversi pun tak juga. Kadang-kadang bila kita ada kontroversi tapi kalau tak ada bakat tak boleh juga kan? Tapi saya percaya lebih kepada bakat.
Ditanya mengenai azam 2026, Puteri Sarah memilih untuk memulakan kehidupan dengan perkara yang lebih positif.
Selain aktif dengan dunia perniagaan dan lakonan, dia juga sedang memberikan tumpuan kepada pengajiannya di peringkat ijazah sarjana.
Kalau boleh saya nak mulakan dengan benda baru dengan perkara yang elok. Macam sambung belajar, bisnes dan saya punya lakonan.
Lupakan yang lama 2026 kita buka buku baru, yang positif saja, benda yang baik saja. Itulah saya punya perancangan untuk tahun ni.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah terlibat sebagai tenaga pengajar di TV Tuisyen.
Selain Puteri Sarah, antara selebriti lain yang turut terlibat sebagai tenaga pengajar termasuklah Aniq Suhair, Elisya Sandha, Alvin Chong, Zara Zya, Juliana Evans, Fendy Bakry, dan ramai lagi.
TV Tuisyen merupakan platform revolusi pendidikan digital terbaharu di Tonton yang direka khas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Mengangkat silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), platform ini menawarkan akses tanpa had kepada 13 subjek utama lengkap dengan nota, latihan, dan kuiz interaktif pada harga mampu milik, bermula dari RM9.90 sebulan.
The post Puteri Sarah Tak Pernah Diminta Cipta Kontroversi Sepanjang Bergelar Anak Seni – ‘Alhamdulillah, Setakat Ini Tiada Masalah’ first appeared on OHBULAN!.





