28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah Liyana Sambung Master – ‘Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2026’

    Shopee Sale

    Pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

    Artikel Berkaitan: ‘Sampai Sekarang Saya Masih Ada Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua’ – Puteri Sarah

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Dr Afifah – ‘Kawal Emosi, Bertindak Dengan Bijak & Jangan Dedah Perancangan’

    Sambung belajar

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui bahawa keputusannya untuk menyambung pengajian merupakan permulaan yang baik bagi tahun 2026.

    Tambah Puteri Sarah, dia memohon doa orang ramai agar dipermudahkan perjalanan menamatkan Ijazah Sarjana di Kolej Innovative University.

    Permulaan yang baik untuk tahun 2026.

    Kita jadi pelajar balik.

    Doakan saya, semoga berjaya dalam Ijazah Sarjana.

    Sekadar info, Puteri Sarah mengambil jurusan Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bagi peringkat diploma.

    MENARIK:  Azfar Heri Tenang Balas Komen Netizen Malu Kalau Ada Adik OKU – ‘Buat Apa Malu, Dia Pun Macam Kita Juga’

    Manakala bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengambil jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti di institusi yang sama.

    Sumber: Instagram @puterisarahliyana

    The post Puteri Sarah Liyana Sambung Master – ‘Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2026’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah