29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Khareeza Selesai Jalani Pembedahan Akibat Infeksi, Kini Dalam Tempoh Penyembuhan – ‘Saya Minta Tidak Jahit, Open Womb’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Puteri Khareeza memaklumkan dia kini dalam tempoh penyembuhan selepas selesai menjalani pembedahan akibat infeksi atau jangkitan kuman dalam badan.

    Artikel Berkaitan: Puteri Khareeza Akui Suami Banyak Bantu, Makin Matang Selepas Kahwin – ‘Bab Memasak Dia Yang Uruskan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Khareeza Belum Sedia Timang Anak, Fokus Nak Tamatkan Pengajian

    Tempoh sembuh

    Begitu pun, Puteri atau nama lengkap Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 27, enggan mendedahkan secara terperinci sakit yang dialaminya.

    Saya baru keluar hospital pada Jumaat lalu, baru selesai menjalani pembedahan. Ada infeksi dalam anggota badan saya.

    Tentang sakit itu saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci, cukup sekadar saya beritahu keluarkan sesuatu yang tidak patut berada dalam badan.

    Seminggu sebelum pembedahan saya demam, tak fikir panjang terus ke hospital dan doktor tahan saya di wad. Lebih kurang empat hari juga saya duduk dalam hospital.

    Selepas pembedahan, saya minta dengan doktor untuk tidak jahit, biarkan ‘open womb’ (rahim terbuka).

    Puteri berkongsi perkara itu ketika ditemui di Melodi Terhangat Superstar Tour yang berlangsung di AEON Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

    MENARIK:  Tragedi: Budak 2 Tahun Mati Setelah Dua Minggu Tanpa Makan Minum Bersama Mayat Bapanya

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Duka Sebalik Tawa itu memaklumkan doktor menasihatinya untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengurangkan melakukan kerja-kerja berat.

    Doktor nasihat saya untuk berehat tapi untuk jelajah Anugerah Melodi Terhangat, saya gagahkan juga demi peminat. Kalau saya tak sertai jelajah ini rugi.

    Keadaan saya setakat ini baik-baik sahaja, cumanya tidak disarankan untuk melakukan kerja-kerja keras.

    Selain Puteri, Melodi Terhangat Superstar Tour turut dimeriahkan dengan barisan artis seperti Hael Husaini, Amyra Rosli, Zarif Ghazzi, Aman Aziz dan Raden Zaharatul.

    The post Puteri Khareeza Selesai Jalani Pembedahan Akibat Infeksi, Kini Dalam Tempoh Penyembuhan – ‘Saya Minta Tidak Jahit, Open Womb’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah