31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi: Budak 2 Tahun Mati Setelah Dua Minggu Tanpa Makan Minum Bersama Mayat Bapanya

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak lelaki, Bronson Battersby berusia dua tahun ditemui mati bersebelahan mayat bapanya dalam satu kejadian di Skegness, Lincolnshire.

    Mati sebelah mayat bapa

    Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut berlaku selepas bapa kandung Bronson iaitu Kenneth, 60, maut akibat serangan jantung pada 29 Disember lalu. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang mendiami rumah tersebut, Bronson yang terbiar tanpa makanan dan minuman selama dua minggu selepas kematian si bapa.

    Lebih menyayat hati apabila petugas kebajikan yang dijadualkan untuk melawatnya pada 2 Januari lalu didakwa gagal menghubungi mangsa. Petugas kebajikan itu kemudian menghubungi polis dan datang kembali ke rumah tersebut dua hari kemudian.

    Namun perkara yang sama berlaku apabila dia sekali lagi gagal mendapat respon Kenneth. Sehinggalah pada 9 Januari, petugas kebajikan berjaya mendapatkan kunci rumah Kenneth dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat Bronson dalam persalinan baju tidurnya dengan keadaan ‘meringkuk’ di sebelah mayat bapanya.

    MENARIK:  Bell Ngasri Pesan Terus ‘Call’, Minta Jangan Percaya Kiriman Mesej – ‘Pastikan Orang Sebenar Atau Tidak’

    Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Bronson adalah disebabkan dehidrasi dan kebuluran manakala Kenneth meninggal dunia akibat serangan jantung.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah