
Pendakwah, Haris Ismail menitipkan ucapan istimewa kepada abangnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Aisyah Aziz, pada Sabtu.
Panjatkan doa

Menerusi hantaran di Instagram, Haris atau mesra disapa PU Riz memanjatkan rasa syukur selain mendoakan kebahagian kepada pasangan pengantin baharu itu.
Bahagia selamanya untuk abang saya, Dr. Amir dan Aisyah Aziz.
Dari waktu akad dilafazkan sehinggalah saat kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia, apa yang sempat saya lihat adalah bahagia seorang abang bersama teman hidupnya.
Semoga tuhan menjadikan perasaan ini sebagai tajuk hidup kalian berdua, insya-Allah.
Adik panjatkan doa selamanya Allah lahirkan mawaddah, rahmah dalam percintaan hubungan rumah tangga kalian.
Kagum dengan sifat abang

Menerusi hantaran sama, Haris berkata, dia amat mengagumi sikap abangnya sejak kecil dan sering menjadikan contoh untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Kepada abang kesayangan saya, dari kecil sebenarnya adik mengagumi abang Amir dalam diam. Dari pencapaian akademik sehinggalah contoh mahmudah yang telah ditampilkan.
Abang Amir orang yang hebat, apatah lagi sekarang sudahpun dikurniakan seorang isteri yang masya-Allah jua sopan santun, budi pekertinya.
Dalam pada itu, suami kepada selebriti Noor Neelofa turut menzahirkan rasa cinta kepada abangnya menggunakan ungakapan yang sering digunakan anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Seperti Bilal selalu ucapkan dikala dipeluk dan digomol ‘I love you to the moon and back’, kini adik guna terma yang sama pada kalian berdua.
Pada Jumaat, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir selamat bernikah dengan Aisyah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Singapura.





