31.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doktor Senaraikan Risiko Yang Mungkin Terjadi, Sifatkan Jaslinda Saludin Sebagai Wanita Kuat Mental

    Shopee Sale

    Seorang doktor dari Klinik Kuala Nerus, Terengganu tampil berkongsi pandangannya mengenai keadaan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian.

    Artikel Berkaitan: Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera ‘Nombor Tidak Dikenali’

    Artikel Berkaitan: Ditemui Dalam Keadaan Tragis, Kisah Misteri 9 Pendaki Maut Di ‘Gunung Kematian’ Akhirnya Terungkai

    Jaslinda Saludin

    Gambar diatas bersumberkan daripada Berita Harian

    Menerusi perkongsian di Threads, doktor berkenaan menjelaskan bahawa setiap tubuh manusia mempunyai had serta tahap ketahanan tersendiri yang boleh mempengaruhi risiko dalam situasi tertentu.

    Tambah doktor, terdapat tiga fasa yang akan dilalui seseorang sekiranya tidak memperoleh makanan dan minuman yang mencukupi dalam tempoh 15 hari.

    Badan manusia ada limit. Dalam 15 hari tanpa makanan yang sebetulnya, badan melalui beberapa fasa kritikal. Bukan setakat lapar. Tiap fasa ada risiko masing-masing.  

    Fasa 1 (Hari 1-3): Dehidrasi. Mulut kering, pening dan air kencing gelap. Dalam 48-72 jam tanpa air, organ dah mula alami stres teruk. Sebab tu dalam survival, cari air dulu sebelum makanan. 

    Fasa 2 (Hari 1-3): Simpanan glukosa pada hati habis dalam 12-24 jam pertama. Bila habis, badan mula bakar lemak jadi tenaga. Tapi pada masa sama, otot pun mula dipecahkan sikit demi sikit. Badan jadi lemah, suhu mula turun. 

    Fasa 3 (Hari 3-15): Fasa paling bahaya dimana Ketosis penuh. Otak guna ketone sebagai tenaga utama. Lemak dan otot dipecahkan serentak. Buah pinggang berkerja keras.

    Kekuatan mental

    Gambar diatas bersumberkan daripada Berita Harian

    Dalam pada itu, doktor terbabit turut memaklumkan bahawa risiko yang paling tinggi adalah degupan jantung yang tak menentu terutama bagi pesakit yang memiliki diabetes serta darah tinggi.

    MENARIK:  PU Riz Titip Ucapan Istimewa Untuk Abang – ‘Adik Panjatkan Doa Allah Lahirkan Mawaddah & Rahmah Dalam Rumah Tangga Kalian’

    Bagaimanapun, keadaan Jaslinda yang ditemui selamat disifatkan sebagai hasil kekuatan mental yang tinggi serta keupayaannya untuk terus bertahan hidup di dalam hutan meskipun berdepan kekurangan bekalan makanan dan air.

    Risiko tinggi apabila degupan jantung tak menentu, elektrolit tak seimbang. Kalau ada diabetes terutama Type 1 yang guna insulin, risiko DKA kritikal. Untuk pesakit darah tinggi yang makan ubat, tekanan boleh jadi terlalu rendah, bukan tinggi.  

    Yang buat Jaslinda survive 15 hari adalah air dan mental. Badan boleh tahan 3 minggu tanpa makanan, tapi cuma 3 hari tanpa air. Kekuatan mental penting, panik akan mempercepatkan dehidrasi.

    Tapi yang paling kena alert, lepas 15 hari lapar, masa nak makan balik kena bawah pengawasan doktor. Bila badan tiba-tiba dapat makanan lepas lama lapar, boleh sebabkan kegagalan jantung. Betul-betul bahaya. 

    Sekadar info, Jaslinda Saludin, 49, ditemui oleh penduduk kampung di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Gaharu selepas dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak.

    Sumber: Threads @klinikmedina_kualanerus

    The post Doktor Senaraikan Risiko Yang Mungkin Terjadi, Sifatkan Jaslinda Saludin Sebagai Wanita Kuat Mental first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah