Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar tampil membidas komen berunsur tuduhan melampau yang ditinggalkan seorang pengguna media sosial pada hantaran gambar miliknya bersama rakan-rakan usrah di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sebab Sibuk, Ibu Bapa Bagi Telefon Bimbit Tanpa Kawal Anak’ – Lufya Omar
Pukul rata jenayah

Komen berkenaan yang berbunyi “Ini semua geng rapist enabler ke?”, seolah-olah menuduh kumpulan usrah terbabit menyokong atau menormalisasikan perbuatan jenayah seksual.
Tidak berdiam diri, Lufya, 40, menyifatkan dakwaan itu sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ia dilemparkan terhadap individu yang sedang berusaha mendalami ilmu agama.
Isu ini (golongan berilmu agama terlibat jenayah seksual) beberapa hari hangat diperkatakan. Saya rasa melampau kalau tiba-tiba dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini.
Komen pulak dekat posting usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama.
Bahaya kata-kata sebegini, seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan konsekuensi yang setimpal, baik di dunia maupun di akhirat.
Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan kejahatan akan kembali kepada pelakunya. Ini mencerminkan keadilan Ilahi di mana tidak ada perbuatan yang luput dari pengawasan Allah SWT.
Mengulas lanjut, Lufya mengingatkan orang ramai agar tidak memukul rata kesalahan individu tertentu sehingga mencemarkan nama pihak lain yang tidak bersalah.
Tegas Lufya, budaya menghukum dan menuduh tanpa bukti hanya akan menimbulkan fitnah serta merosakkan usaha individu yang sedang berusaha memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalan-Nya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk Istiqamah.
Jangan samakan kesalahan seorang individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. It’s not fair and don’t normalise this kind of mentality.
Kita boleh benci kesalahan/jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah. Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan.
Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian “berat” seperti ini. Who are we to judge anyone? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka.
Sumber: Instagram
The post Lufya Omar Bidas Komen Netizen Tuduh Geng Usrah Normalisasi Jenayah Seksual – ‘Jangan Benci Orang Tidak Bersalah’ first appeared on OHBULAN!.





