33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nazim Othman Tak Sengaja Tercucuk Mata Nia Atasha, Rasa Bersalah Sampai ‘Anxiety’ – ‘Penggambaran Dihentikan Seketika’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nazim Othman berkongsi detik cemas yang berlaku ketika menjalani penggambaran drama bersiri Griya apabila dia secara tidak sengaja tercucuk mata aktres Nia Atasha sewaktu menjayakan babak pergelutan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nazim Othman Dedah ‘Love Language’ Melalui Sentuhan Fizikal – ‘Bukan Menggedik Tetapi Itu Cara Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Parut Pembedahan Di Kepala Takkan Hilang, Ia Seperti Peringatan Kekal Untuk Saya’ – Nazim Othman

    Tercucuk mata

    Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 41, berkata insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang melakonkan adegan pergaduhan yang memerlukan aksi kasar dan pergerakan pantas.

    Ada satu insiden yang buat saya betul-betul cemas. Ketika itu babak saya perlu mengasari dan bergelut dengan Nia.

    Kami sedang cari sudut dan kedudukan kamera sedang bertukar, kami berdua tersasar sikit dari kedudukan asal dan jari saya tercucuk mata Nia.

    Saya terus diserang anxiety (keresahan) ketika itu. Sebab mata adalah bahagian paling sensitif, bahaya kalau berlaku apa-apa. Rasa bersalah sangat dengan Nia.

    Nazim berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Watch Party drama bersiri Griya yang berlangsung di GSC, Starling Mall, Damansara pada Jumaat.

    Menurut Nazim lagi, penggambaran terpaksa dihentikan seketika kerana dia perlu menenangkan diri selepas kejadian berkenaan.

    MENARIK:  ‘Bila Tinggal Di KL, Saya Tak Dapat Ketenangan Seperti Di Kuala Kubu Bharu’ – Aiman Tino

    Bagaimanapun, Nazim bersyukur kerana Nia tidak mengalami kecederaan serius dan penggambaran dapat diteruskan seperti biasa selepas keadaan kembali reda.

    Kami berhenti sekejap sebab saya betul-betul tidak boleh tenang. Penggambaran dihentikan seketika.

    Kami berehat dalam 10 hingga 15 minit sebelum sambung semula. Walaupun Nia kata dia okay dan sangat profesional, tapi saya tetap rasa bersalah sangat-sangat.

    Selain Nazim dan Nia Atasha, drama bersiri terbaharu terbitan iQIYI itu turut dibintangi Chacha Maembong, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

    Griya mengisahkan tentang Sophia, seorang peguam yang bekerjasama dengan Detektif Liana bagi menyiasat Razman, seorang duda kaya yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dua bekas isterinya.

    Bagi mendapatkan bukti, Sophia menyusup masuk ke dalam kehidupan Razman sehingga hubungan palsu yang dirancang akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan.

    Namun, keadaan menjadi semakin rumit apabila Sophia mula jatuh hati terhadap Razman, sekali gus memaksanya memilih antara menegakkan keadilan atau melindungi lelaki yang mungkin menyimpan rahsia berbahaya.

    The post Nazim Othman Tak Sengaja Tercucuk Mata Nia Atasha, Rasa Bersalah Sampai ‘Anxiety’ – ‘Penggambaran Dihentikan Seketika’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah