32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Perlukan RM10,000’ – Bapa Mohon Bantu Beli Kek Lapis, Kumpul Dana Rawatan Anak Sakit Jantung Kronik

    Shopee Sale

    Seorang individu dikenali sebagai Mohamed Haffiez Mansor Taridi memohon bantuan orang ramai supaya membeli jualan kek lapis miliknya bagi menampung kos rawatan anaknya, Qaireen Adriana Tihani yang menghidap penyakit jantung kronik.

    Artikel Berkaitan: Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Akibat Sakit Jantung

    Perlukan RM10,000

    Menerusi perkongsian video di TikTok, Haffiez memaklumkan anaknya sekali lagi akan dimasukkan ke hospital bagi menjalani prosedur rawatan selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan terdahulu.

    Pada hari Isnin, anak saya sekali lagi dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani satu lagi prosedur kerana dia mengalami luka terbuka serta jangkitan kuman akibat pembedahan sebelum ini.

    Pada tahun ini sahaja, dia sudah dimasukkan ke wad pada Mac, Mei dan Jun. Kali ini saya memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk membiayai kos rawatan tersebut.

    Menurut Haffiez lagi, dia kini berusaha mencari dana dengan menjual kek lapis secara kecil-kecilan dan berharap orang ramai dapat membantu dengan membeli produk jualannya.

    Dengan rendah diri saya memohon, sesiapa yang melihat video ini dapat membeli produk kek lapis saya supaya keuntungannya boleh dijadikan kos perubatan anak.

    Mohon bantuan, walau sebiji kek sahaja namun sangat membantu kami dalam situasi ini. Semoga setiap kebaikan tuan dan puan, Allah kurniakan sebaik-baiknya ganjaran.

    Difahamkan, Qaireen Adriana Tihani disahkan menghidap penyakit jantung sejak dilahirkan dan tujuh bulan pertama kehidupannya terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

    MENARIK:  Patutlah Ramai Pilih Penyaman Udara Inverter Panasonic… Ini Rupanya Kelebihan Dia!

    Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan selain berharap Tihani diberikan kesembuhan.

    Orang ramai yang ingin membantu dengan membeli kek lapis boleh menghubungi Mohamed Haffiez di talian 017-6687229 atau di TikTok @HFShop41.

    Video

    " data-video-id="7647537939227938055" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @haffiez4184

    𝗞𝗔𝗞𝗔𝗞 𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟭𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗞 𝗟𝗔𝗣𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 Bismillahirrahmanirrahim.. sekali lagi saya share jualan kek lapis saya. pagi tadi baru mendapat makluman kakak Tihani akan admit sekali lagi Isnin ini bagi menjalani prosedur kerana luka pembedahannya masih ada yang terbuka dan risiko jangkitan kuman Tahun 2026 ini saja empat kali Kakak terpaksa admit bagi menjalani prosedur bermula Bulan Ramadan Mac, April dan Mei dan baru sahaja discaj sehari sebelum Aidiladha. Dan Isnin ini akan admit sekali lagi. Kami sekeluarga juga telah tiada daya lagi dan semoga usaha berterusan saya menjual kek lapis ini mendapat sambutan dan terjual Mohon bantu walau sebiji dan ianya sangat membantu kami didalam situasi ini. Semoga setiap kebaikan Tuan Puan Allah kurniakan sebaiknya ganjaran Mohon bantu sebarkan supaya sampai kepada yang ingin membeli

    ♬ original sound – HFShop41 – HFShop41

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Perlukan RM10,000’ – Bapa Mohon Bantu Beli Kek Lapis, Kumpul Dana Rawatan Anak Sakit Jantung Kronik first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah