Anak kepada pendaki wanita yang hilang di Tapah, Perak iaitu Jaslinda Saludin memaklumkan dia bersama ahli keluarga sempat menunaikan solat hajat dan membaca yasin di kaki gunung sebelum ibunya ditemui selamat.
Artikel Berkaitan: Doktor Senaraikan Risiko Yang Mungkin Terjadi, Sifatkan Jaslinda Saludin Sebagai Wanita Kuat Mental
Solat hajat, baca yasin

Menerusi hantaran di Threads, anak Jaslinda meluahkan rasa syukur apabila doa mereka akhirnya dimakbulkan selepas lebih dua minggu ibunya dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian.
Allah Maha Besar, tiada yang mustahil bagi kuasa-Mu Ya Allah. Alhamdulillah, ibu kami, Jaslinda Bt Saludin telah selamat dijumpai pada 6 Jun.
Pagi itu, saya, ayah dan kakak sulung berhasrat untuk ke kaki gunung, untuk membuat solat hajat dan bacaan Yasin.
Allah… hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan ketika itu, memang berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Petang itu, dengan kuasa Allah, Allah SWT kabulkan doa kami semua.
Dalam perkongsian sama, dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ibunya sepanjang tempoh kehilangan tersebut.
Terdahulu, Jaslinda akhirnya berjaya ditemui oleh penduduk Orang Asli berhampiran kawasan sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Perak pada Sabtu lalu.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 23 Mei ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Penemuan Jaslinda selepas 14 hari kehilangan mengundang rasa syukur ramai pihak selain dianggap sebagai satu keajaiban buat keluarganya.
Sumber: Threads
The post ‘Allah Kabulkan Doa Kami’ – Suami & Anak Sempat Solat Hajat Di Kaki Gunung Sebelum Jaslinda Saludin Ditemui first appeared on OHBULAN!.





