Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki berkongsi kisah di sebalik pembikinan filem Papadom yang pernah mencetuskan fenomena menerusi jalan ceritanya yang menyentuh hati penonton.
Artikel Berkaitan: Afdlin Shauki Hadiahkan Jambangan Bunga Kepada Kakitangan Kedutaan Turkiye, Tanda Terima Kasih
Artikel Berkaitan: Mia Sara Dedah Afdlin Shauki Pernah Larang Ceburi Dunia Seni – ‘Nak Hidup Gembira & Stabil Jangan Jadi Pelakon’
Filem Papadom
Menerusi podcast Sembang Seram, Afdlin, 55, mengakui memiliki hubungan yang kurang serasi dengan bapanya sejak kecil sekali gus menyifatkan perkara tersebut sebagai antara cabaran terbesar yang pernah dihadapi dalam hidup.
Tambah Afdlin, watak bapa yang dipaparkan dalam filem Papadom menggambarkan figura ayah yang sentiasa diimpikannya dalam kehidupan sebenar.
Masalah paling besar adalah dengan ayah saya. Kami memang tak serasi daripada saya kecil.
Papadom adalah cerita yang saya buat. Itulah gambaran seorang ayah yang saya harapkan.
Saya juga harap saya dapat menjadi ayah yang sebegitu.
Saya tulis cerita ini masa saya tengah duduk santai bersama bekas isteri. Bila saya tengok dia, saya terfikir, siapa akan jaga anak-anak kalau saya sibuk bekerja.
Konsep filem Papadom datang daripada situ. Seorang ayah yang cuba nak membina kewangan untuk keluarga.
Dalam pada itu, Afdlin mengakui menerima pelbagai maklum balas daripada penonton yang menyentuh hatinya, sekali gus membuatkan segala usaha dalam menghasilkan filem tersebut terasa berbaloi.
Saya juga terima maklum balas daripada penonton.
Lepas tengok Papadom, ayah dia peluk dia buat pertama kali.
Bila saya dengar, saya rasa sangat berbaloi buat filem itu. Bantu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sumber: TikTok @sembangseram
The post ‘Filem Papadom Adalah Gambaran Seorang Ayah Yang Saya Harapkan’ – Afdlin Shauki first appeared on OHBULAN!.



#afdlinshauki #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram 

