33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pertama Kali Selepas Sekian Lama, Aku Tidak Takut Pada Masa Depan’ – Kaka Azraff

    Shopee Sale

    Perkongsian terbaharu penyanyi, Kaka Azraff di platform Threads mencuri perhatian apabila dia berkongsi luahan hati yang menyentuh tentang kehidupan.

    Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Cerai Kali Kedua Dengan Adam Azriff – ‘Sekurangnya Kami Sudah Mencuba’

    Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Mohon Doa Yang Baik, Ciapan Di Threads Tiada Kaitan Dengan Peribadi – ‘Status Rumah Tangga Tak Boleh Nak Dedah Sekarang’

    Kuat untuk anak

    Menerusi hantaran tersebut, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, mengakui buat pertama kali selepas sekian lama, dia tidak lagi berasa takut untuk menempuh masa hadapan.

    Dan untuk pertama kalinya selepas sekian lama, aku tidak lagi takut pada masa depan.

    Perkongsian itu dimuat naik beberapa jam selepas Kaka mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff sudah berakhir apabila mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.

    MENARIK:  Dia Diberitahu Ada Token, Tetapi Hanya Menerima Sehelai Baju Raya - Oleh Fareez Fauzi

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya tampil menitipkan kata-kata semangat dan doa agar penyanyi lagu Gila itu terus kuat menjalani kehidupan baharu bersama tiga cahaya matanya.

    Terdahulu, Kaka memaklumkan dia reda menerima ketentuan tersebut walaupun mengakui perpisahan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.

    Menurutnya, dia dan bekas suami sudah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina, namun percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

    Untuk rekod, pasangan itu pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.

    Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, Aryan dan Atta Adam.

    Sumber: Threads

    The post ‘Pertama Kali Selepas Sekian Lama, Aku Tidak Takut Pada Masa Depan’ – Kaka Azraff first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah