32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ada maklumat penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah – Bahagian Penguasa Angkasa

    Shopee Sale

    BPAngkasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) nasihatkan orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis (4 Jun).

    Mosti menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan setakat ini.

    “Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Samsuri: Krisis kepimpinan PN selesai bila majlis tertinggi bermesyuarat

    Mosti menasihati orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e-mel kepada [email protected].

    Selain itu, kementerian tersebut juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi manakala sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah