Tiga pendakwah selebriti iaitu PU Rahmat, Imam Asyraf, dan PU Amin, dijadualkan berangkat ke sempadan Rafah untuk misi kemanusiaan di Gaza, pada petang Isnin.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Selar Individu Kait Perceraian Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Dengan Misi Sumud Flotilla – ‘Lidah Seorang Pembenci’
‘Kami bertiga dipilih Allah untuk menuju sempadan..’

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan memaklumkan bahawa mereka bertiga akan menyertai misi menembusi sempadan Gaza bagi membawa bantuan buat rakyat Palestin yang memerlukan.
Kami bertiga dipilih Allah untuk menuju sempadan yang paling kontroversi dan bahaya, Rafah.
Setelah bertahun-tahun usaha diplomasi dilakukan, kita bakal menembusi sempadan Rafah dengan minimum 30 kontena bantuan buat rakyat Gaza.
Bagi memohon keberkatan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia, PU Rahmat turut menjemput orang ramai dan pihak media untuk hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 petang bagi bersama-sama menjayakan sesi ‘flag off’ serta doa selamat.
Saya ajak para media dan rakyat untuk bersama ke KLIA T1 pada jam 3 petang.
Kita Flag Off dan doa selamat. Semoga bantuan kita yang tidak seberapa ini selamat sampai ke perut anak Gaza.
Sementara itu, PU Rahmat turut meluahkan harapan agar bantuan yang dikumpulkan ini dapat sampai dengan selamat dan memberi sinar buat anak-anak di Gaza.
Selain PU Rahmat, PU Amin dan Imam Asyraf, antara personaliti lain yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, Ardell Aryana dan Haroqs.
Sumber: Instagram PU Rahmat
The post PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’ first appeared on OHBULAN!.





