31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Dihina & Dibuli, Puteri Balqis Syukur Krew Produksi Dedah Cerita Sebenar – ‘Saya Ditolak, Dia Kata Saya Tak Famous’

    Shopee Sale

    Pelakon Puteri Balqis meluahkan rasa syukur apabila akhirnya ada pihak yang tampil mendedahkan penderitaan yang dipendamnya selama bertahun-tahun.

    Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mengamuk, Dakwa Mia Sara Nasuha Hina & Ganggu Mental Ibu – ‘Jangan Lupa Open Bottle Kat Club’

    Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Kita Semua Kena Move On, Saya Tak Boleh Selamanya Jadi Kanak-Kanak’ – Mia Sara Nasuha

    Pendedahan krew produksi

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, berkongsi semula tangkap layar pendedahan seorang krew produksi yang mendakwa pernah terdengar pelakon, Mia Sara Nasuha dan Rykarl  menghina dirinya.

    Masih segar dalam ingatan masa tu kita masih kerja dengan production dan buat iklan untuk satu brand ni, masa tu MS, Aqish dan Rykarl dalam satu set. 

    Kemudian masa aku pergi toilet terdengar mereka kutuk-kutuk Aqish, pakai makeup barang local, baju tak cantik.

    Aqish dekat set relaks je, lepak dengan mak dia, memang baik budaknya. 

    Membalas pendedahan tersebut, pelakon drama Keluarga Itu mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran, namun tiada siapa yang mempercayainya ketika itu. 

    Malah menurut Puteri Balqis, perbuatan tersebut berlarutan sehingga dewasa, termasuk melibatkan tindakan memalukan ibunya.

    Saya dibuli di set shooting oleh yang menganggap mereka hanya ‘budak-budak’. Tak ada siapa percaya saya dibuli waktu tu. 

    Saya ditolak ketika nak bergambar dengan fans, dengan ayat kau tak famous. Kitorang famous.

    Bila dah besar, ingatkan dah berubah. Sambung lagi dengan malukan ibu saya pula.

    Ujarnya lagi, selama ini dia dan ibunya memilih untuk berdiam diri kerana setiap kali cuba bersuara, mereka sering dituduh bersikap keterlaluan.

    Pada kakak atau abang, terima kasih banyak-banyak. Saya kalau boleh tak nak ingat dah.

    Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa yang saya kena.

    Bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Over. Jadi kami diam.

    Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    MENARIK:  Video: Zhiddin Aziz Menerangkan Maksud Lagu 'Alamak Raya Lagi' Tanpa Peninggalan Hina Agama

    Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    The post Pernah Dihina & Dibuli, Puteri Balqis Syukur Krew Produksi Dedah Cerita Sebenar – ‘Saya Ditolak, Dia Kata Saya Tak Famous’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah