30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perkosa Gadis Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 10 Tahun & Dua Sebatan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki warga Timor Leste mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada 7 Disember 2025.

    Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’

    Artikel Berkaitan: Kaki Dikepak Sehingga 90 Darjah, Doktor Pelatih Maut Dibunuh & Dirogol Selepas 36 Jam Bekerja Tanpa Henti

    Dipenjara, disebat

    Memetik laporan New Straits Times, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap tertuduh iaitu Rafinus Bata Tukan, 30, sejurus pengakuan bersalahnya direkodkan di hadapan Hakim Monica Linsua.

    Difahamkan, perbuatan tersebut terbongkar selepas bapa mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia 15 tahun pada 6 Disember tahun lalu. 

    Siasatan mendapati mangsa telah keluar menaiki motosikal bersama tertuduh yang baru sebulan dikenalinya melalui TikTok.

    Mangsa kemudiannya menceritakan kepada bapanya bahawa dia telah dibawa ke sebuah bilik sewa di Inanam dan dirogol oleh tertuduh yang didakwa merupakan teman lelakinya kira-kira jam 7 malam, keesokan harinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Kali Ini Melibatkan Kekerasan Terhadap Baby Zeqriel

    Rafinus yang tidak diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia merupakan anak sulung yang memikul tanggungjawab menyara keluarga di kampung. 

    Bagaimanapun, Hakim Monica memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 19 Disember 2025. 

    Memandangkan tertuduh merupakan warga asing, mahkamah turut mengarahkan Rafinus dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan pengusiran sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan bagi pesalah rogol bawah umur.

    Sumber: New Straits Times, Bernama

    The post Perkosa Gadis Bawah Umur, Lelaki Dipenjara 10 Tahun & Dua Sebatan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah