34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Perceraian Akan Berlaku, Bagaimana Caranya..Saya Serahkan Kepada Mahkamah’ – Suami Zehra Zambri

    Shopee Sale



    Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin tampil memberi penjelasan berhubung isu perceraian mereka.

    Tak setuju ‘fast track’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Iqwan berkata, dia tidak bersetuju untuk bercerai secara ‘fast track’ lalu menawarkan khuluk sebagai jalan penyelesaian.

    Saya tak setuju ‘fast track’ (bercerai) dan cuba failkan nusyuz. Atas nasihat peguam, saya ketepikan nusyuz dan tawarkan khuluk (tebus talak) tersebut, bagaimanapun ditolak.

    Peguam Zehra sudah pun memfailkan permohonan cerai di bawah Seksyen 47. Saya terima saman untuk hadir ke sesi sebutan yang akan dibuat selepas Aidilfitri.

    Akan bercerai?

    Dalam pada itu, Iqwan memaklumkan perpisahan di antara mereka akan terjadi meskipun caranya belum diketahui.

    Perceraian akan berlaku. Bagaimana bentuknya, saya serahkan kepada budi bicara mahkamah untuk tentukan. Pengakhiran rumah tangga ini biarlah masa yang menentukan.

    Walau bagaimanapun, Iqwan memohon orang ramai agar tetap memberikan sokongan mereka terhadap Zehra.

    Saya harap selepas ini tiada lagi pihak yang beri kenyataan yang mengelirukan terutama daripada Zehra.

    Isteri saya orang yang hebat. Berilah sokongan kepadanya secara objektif.

    Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.

    MENARIK:  Suara Amerul Affendi Didengari, Pengurusan Panggung Lanjutkan Filem 6 Jilake Bagi Tontonan Umum

    Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

    Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

    Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah