34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kedai makan berdarah di Pandamaran: Lima pemuda direman

    Shopee Sale

    Lima lelaki direman tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes merusuh dengan senjata yang mengakibatkan dua lelaki cedera di sebuah kedai makan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Klang, Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata permohonan reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 25 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Klang.

    “Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, dua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun dipukul oleh beberapa suspek.

    “Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan hidung serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Lawan diabetes: Kerajaan kurangkan gula dalam acara, mesyuarat

    Lim berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

    Beliau berkata kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp Muhammad Amirul Asyraf Salim di talian 010-3381645, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah