26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyanyi Lelaki & Wanita Popular Nikah Senyap-Senyap Di Makkah?

    Shopee Sale

    Industri seni tanah air sekali lagi panas apabila timbul dakwaan membabitkan sepasang selebriti yang didakwa sudah bernikah secara senyap-senyap di Tanah Suci Makkah.

    Artikel Berkaitan: Bernikah Senyap-Senyap? Alya Iman Jawab Khabar Angin Sudah Berkahwin

    Nikah di Makkah?

    Foto AI

    Menurut dakwaan, spekulasi itu mula tercetus selepas seorang artis secara tidak sengaja terlepas cakap mengenai perkara berkenaan, sekali gus mencetuskan kesahihannya.

    Didakwa, pasangan tersebut berangkat ke Makkah pada penghujung tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan di sana.

    MENARIK:  Netizen Puji Anak Lelaki Norman Hakim Jadi Imam Solat Jemaah Di Rumah Siti Nurhaliza – ‘Sejuk Perut Ibu Mengandung’

    Sebelum ini, hubungan cinta mereka memang menjadi perhatian ramai, namun sejak kebelakangan ini keduanya dilihat semakin jarang berkongsi momen romantis di media sosial.

    Bagaimanapun, sekiranya khabar angin itu benar, ramai peminat pastinya tumpang gembira memandangkan hubungan pasangan berkenaan sememangnya direstui sejak awal.

    Malah, gandingan mereka setiap kali tampil bersama di pentas juga sering mencuri perhatian ramai.

    Sumber: Kosmo

    The post Penyanyi Lelaki & Wanita Popular Nikah Senyap-Senyap Di Makkah? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah