Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan kononnya dia berasa cemburu apabila dibandingkan dengan Datuk Dr. Fazley Yaakob, apatah lagi penyanyi itu bakal berkahwin dengan Datuk Seri Vida.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Lari Rumah Ketika Ibu Bapa Mahu Bercerai – ‘Sewa Dapur Yang Dijadikan Bilik, Tidur Atas Lantai’
Nafi cemburu

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal meminta orang ramai supaya tidak lagi membandingkan dirinya dengan Fazley atau mengaitkannya dengan kehidupan peribadi Vida.
Menurut Iqbal, dia sudah lama meneruskan kehidupan dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa iri hati sekiranya Vida benar-benar sudah menemui kebahagiaan.
Ketika kalian mendoakan Dato Seri Vida dan Dato Dr. Fazley, janganlah mengata dan membandingkan dengan saya. Saya baca komen, saya gembira andai itu takdirnya. Bertahun lama saya ‘move on’ dan langsung tidak cemburu.
Biarlah, Dato Seri Vida juga berhak bahagia. Dia ada caranya dan saya juga walau serba kekurangan, saya jalani hidup saya.
Dalam hantaran sama, Iqbal turut menyatakan rasa hormat terhadap Fazley yang disifatkannya sebagai figura berpengalaman serta mempunyai kedudukan tersendiri dalam industri.
Saya sangat menghormati Dato Dr. Fazley dan dia juga salah satu ikon kerana nama beliau sejak 30 tahun dalam industri, wajahnya banyak di jenama-jenama besar.
Apa perlu saya ikut renggang hubungan hanya kerana seorang wanita? Dia kenalan saya. Cuma berkaitan hubungannya, saya tidaklah masuk campur jika berbual semeja.
Dalam pada itu, Iqbal turut mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengatakan tidak akan hadir pada majlis perkahwinan pasangan itu.
Tentang jemputan perkahwinan, saya menjawab tidak akan hadir, lalu ada yang berkata ‘orang jemput ke?’ Itu saya hanya menjawab pertanyaan.
Saya tidak pernah lari dari wartawan atau media kerana saya tidak mahu dicop sombong dan prinsip saya tidak akan menjawab ‘no komen’. Wajar saya tidak hadir perkahwinan untuk menghormati. Bukankah itu lebih beradab?
Sumber: Instagram
The post Iqbal Zulkefli Minta Netizen Berhenti Bandingkan Dengan Fazley Yaakob, Enggan Hubungan Renggang Kerana Wanita first appeared on OHBULAN!.





