26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Do Hyun & Lim Ji Yeon Berpisah Selepas Hampir 4 Tahun Bercinta – ‘Mereka Kekal Sebagai Rakan Sekerja’

    Shopee Sale

    Pelakon Korea Selatan, Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun dilaporkan sudah berpisah selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Artikel Berkaitan: Peminat Syak Jungkook BTS & Winter Aespa Putus Cinta? 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lisa Blackpink Jalan Seorang Diri Di Itali, Netizen Spekulasi Putus Cinta Dengan Frederic Arnault?

    Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon sudah berpisah

    Perkara itu disahkan wakil agensi Lee Do Hyun, YH Entertainment kepada Xportsnews pada Selasa.

    Difahamkan, kedua-dua pelakon itu mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan meneruskan hubungan sebagai rakan sekerja.

    Betul, mereka baru-baru ini telah berpisah. Mereka memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik dan terus memberikan sokongan antara satu sama lain

    Untuk rekod, Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun mula rapat ketika sama-sama membintangi siri Netflix, The Glory. 

    MENARIK:  Isteri Dedah Suami Suka Tengok Video Lucah, Baru Kahwin Tak Sampai Setahun – ‘Setiap Kali Dia Nak, Saya Layan’

    Pada April 2023, pasangan itu mengesahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

    Tidak lama selepas itu, Lee Do Hyun menjalani khidmat ketenteraan wajib, manakala Lim Ji Yeon terus memberikan sokongan sepanjang tempoh kekasihnya berada dalam perkhidmatan tersebut.

    Pada Julai lalu, pasangan ini dilihat meluangkan masa bersama di padang golf.

    Bagaimanapun, mereka kini membuat keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

    Sumber: The Korea Times

    The post Lee Do Hyun & Lim Ji Yeon Berpisah Selepas Hampir 4 Tahun Bercinta – ‘Mereka Kekal Sebagai Rakan Sekerja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah