Pelakon, Ezzaty Abdullah berpendapat bahawa pencapaian akademik ketika zaman persekolahan bukanlah ukuran kejayaan seseorang apabila dewasa.
Artikel Berkaitan: Ezzaty Abdullah: ‘Dengan Caruman, Keluarga Ada Payung & Boleh Bina Semula Hidup’
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, 26 September Bayi Lelaki Kami Selamat Dilahirkan’ – Ezzaty Abdullah
Rezeki juga berubah

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi pandangan mengenai kepentingan ibu bapa menghargai usaha anak-anak meskipun tidak cemerlang dalam akademik.
Menurutnya, ibu bapa wajar bersyukur melihat anak-anak membesar dengan baik dan menghargai segala usaha mereka tanpa terlalu mementingkan pencapaian.
Kadangkala kita terlupa untuk bersyukur. Anak-anak mungkin bukan pelajar paling bijak di dalam kelas atau tidak membawa pulang semua anugerah kecemerlangan, tetapi mereka sudah berusaha. Sejujurnya, itu juga sesuatu yang patut kita syukuri.
Selagi mereka sihat, membesar dengan baik dan bahagia, itu sudah menjadi satu nikmat. Masih ada ibu bapa di luar sana yang setiap hari berdoa agar anak-anak mereka kembali pulih daripada penyakit.
Jadi, kita sepatutnya turut meraikan usaha mereka dan bukannya hanya melihat kepada anugerah yang diterima
Hantaran tersebut kemudian menarik perhatian Ezzaty atau nama sebenarnya Ezzaty Abdullah, 36, yang turut berkongsi pengalaman melihat perubahan kehidupan rakan-rakannya sejak zaman persekolahan.
Menurutnya, pencapaian seseorang pada masa lalu bukanlah penentu kejayaan mereka kerana setiap individu mempunyai perjalanan dan rezeki masing-masing.
Setuju. Kawan-kawan saya yang tidak pernah menang anugerah masa sekolah rendah dulu, kelas belakang.
Tiba-tiba sekarang ramai pula kerja bagus-bagus, berjaya.
Manusia berubah. Rezeki juga berubah.
Sumber: Threads
The post Ezzaty Abdullah Setuju Pencapaian Akademik Bukan Ukuran Kejayaan – ‘Manusia & Rezeki Juga Berubah’ first appeared on OHBULAN!.





