Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui berdepan fasa sukar dalam hidup ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Takluk 2: Op Daulat apabila rumah tangganya bersama pelakon, Uqasha Senrose dilanda kemelut sebelum mereka akhirnya bercerai pada Januari lalu.
Artikel Berkaitan: Pernah Hampir Lemas, Individu Dedah Kamal Adli Jadi Penyelamat – ‘Saya Terhutang Budi & Nyawa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’
Fasa terendah

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata kesibukan jadual penggambaran menyebabkan dia tidak berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga.
Malah, sebaik sahaja selesai urusan di mahkamah, Kamal berkongsi dia perlu kembali ke Pahang bagi menyambung penggambaran filem berkenaan.
Habis sahaja tengah hari itu (di mahkamah) dan selepas berjumpa rakan-rakan media, saya terus bergerak ke Kuantan untuk masuk ke set pada malam itu juga.
Saya sendiri buntu fikirkan bagaimana cara hendak atasi perasaan itu dan berdepan dengan semua orang di lokasi penggambaran.
Tapi, saya gembira dan bersyukur apabila seluruh pasukan produksi serta rakan pelakon melayan saya seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan filem Takluk 2: OP Daulat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Bercerita lanjut, Kamal berkata bagi menghilangkan perasaan sedih tersebut, dia mengambil peranan sebagai individu yang menceriakan suasana di set penggambaran agar tidak terus dibelenggu oleh kesedihan yang dialaminya.
Kadang-kadang ada juga rasa terkilan apabila bersendirian, tetapi saya tak boleh melayan perasaan itu kerana tak mahu orang lain di set pula yang terpaksa menjaga hati saya.
Jadi, saya tukar cara dengan menjadi individu yang membuat kecoh dan bergurau di lokasi, walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Saya memang sangat menantikan filem Takluk 2: Op Daulat ini dan tak mahu masalah peribadi mengganggu fokus serta watak saya.
Menurut pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu, ramai pihak memahami keadaan yang dialaminya dan memilih untuk memberinya ruang.
Namun, Kamal tidak mahu menghampakan pihak produksi, sebaliknya tetap menjalankan tanggungjawabnya secara profesional.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha pernah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 namun disahkan bercerai pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 27 April 2024.
Dalam perkembangan lain, Kamal membintangi filem Takluk 2: OP Daulat, iaitu sekuel kepada Takluk: Lahad Datu yang ditayangkan pada 2024.
Selain Kamal, turut membintangi filem tersebut ialah Syafiq Kyle, Datuk Remy Ishak, Datuk Eman Manan, Fadlan Hazim, Nas-T, Luqman Hafidz, Taufiq Hanafi dan Sara Ali.
Takluk 2: Op Daulat merupakan kesinambungan Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan daripada peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 26 November ini.
The post [VIDEO] Kamal Adli Berada Di Fasa Sukar Ketika Penggambaran Takluk 2: Op Daulat – ‘Saya Sendiri Buntu…’ first appeared on OHBULAN!.





