27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS dah pisah Bersatu, terpulang dia nak keluar atau kekal dalam PN – Hadi

    Shopee Sale

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir, sekali gus menyerahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu untuk menentukan sama ada mahu kekal dalam PN atau sebaliknya.

    PAS juga, maklum Abdul Hadi bersetuju menerima kemasukan Parti Wawasan Negara ke dalam Perikatan Nasional (PN), ketika kedudukan Bersatu dalam gabungan pembangkang itu terus menjadi perhatian.

    “PAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu, jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak kekal lagi, terpulang pada dialah.

    “Tapi Parti Wawasan Negara nak masuk PN tidak ada masalah,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

    Menjelaskan perkara itu, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan berkenaan perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu sebelum ia dibincangkan dalam mesyuarat.

    “Mana-mana parti yang ingin memohon masuk ke dalam PN perlu membuat permohonan dan kita akan adakan mesyuarat.

    “Terpulang kepada parti itu (Bersatu) sama ada untuk kekal dalam PN atau mengeluarkan diri dia, itu terpulang pada dia,” kata Ahmad Samsuri.

    MENARIK:  'Pembesar mahu pecat Undang Sg Ujong sudah dipecat kerana salah guna kuasa'

    Bersatu tak terima

    Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mendedahkan PAS sebelum ini pernah mencadangkan supaya Bersatu menerima semula ahli-ahli parti itu yang dipecat atau digantung.

    Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut tidak dipersetujui Bersatu.

    “Kita dah kemukakan cadangan dalam mesyuarat tetapi Bersatu tak terima.

    “Kita kemukakan cadangan untuk terima balik mereka yang dipecat, digantung tetapi Bersatu tak terima, sampai begitu sekali dan kita ada surat daripada setiausaha agung,” katanya.

    Mengulas dakwaan perkembangan semasa itu menggambarkan wujud jajaran politik baru melibatkan PAS, Abdul Hadi menolak tanggapan berkenaan.

    “Kita menghidupkan apa yang kita dah buat, tak timbul jajaran baru,” katanya.

    Samsuri yang juga pengerusi PN berkata sebarang hala tuju gabungan tersebut selepas ini akan diputuskan secara bersama dengan parti-parti komponen yang masih kekal.

    “Kita tidak buat keputusan sendiri-sendiri, kita buat cara musyawarah bersama rakan yang setia dengan PN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah