28.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamzah: Ayoh Chik Hadi bagi nama parti ‘reset’ Wawasan Negara

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin hari ini mengumumkan penubuhan parti baru yang dikenali sebagai Wawasan Negara.

    Pengumuman itu dibuat ketika dia berucap pada Konvensyen Reset hari ini, dengan parti berkenaan dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama minggu depan sebagai langkah awal menyusun dan memperkukuh struktur organisasinya.

    “Ramai tertanya-tanya, Reset, Reset (tapi) partinya mana. Saya nak maklumkan kita akan adakan AGM pertama pada minggu hadapan,” katanya.

    Hamzah berkata nama parti itu diberikan oleh kepimpinan PAS, termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

    “Parti yang saya nak maklumkan ini namanya diberikan oleh ayahanda saya, Ayoh Chik. Parti itu bernama Wawasan Negara.

    MENARIK:  KPKT nak pembangkang mohon maaf kerana tuduh menteri tak jawab isu

    “Abdul Hadi Awang yang berikan nama ini, insya-Allah,” katanya.

    Hamzah turut menggambarkan parti baru itu masih berada pada peringkat awal penubuhan dan memerlukan bimbingan daripada kepimpinan politik sedia ada.

    “Kami ini baru dilahirkan. Jika kami tidak dijaga dan tidak ditatih oleh Hadi Awang, tidak tahu ke mana kami,” katanya.

    Bagaimanapun, Hamzah menegaskan penubuhan parti baru itu tidak mengubah pendirian politiknya bersama Perikatan Nasional (PN).

    “Saya akan bersama-sama dengan PN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah