Seorang individu berkongsi kisah tentang arwah sahabatnya yang didakwa meninggal dunia gara-gara sihir.
Artikel Berkaitan: Perawat Dedah Wanita Disihir Rakan Sepejabat – ‘Minyak Pengasih Campur Tanah Kubur, Dia Makan Kuih Kawan Bagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi
Angkara disihir


Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berkata, sebelum terkena sihir, arwah rakan baiknya itu menggunakan sebuah telefon bimbit yang diberikan oleh seseorang kepada ibunya.
Mak dihadiahkan handphone flip, tetapi setahun tidak gunakan.
Telefon arwah rosak dan dia minta dekat mak dia nak telefon lain. Mak dia bagi telefon yang tersimpan lama itu.
Arwah kemudian mengalami pelbagai penyakit misteri yang menjejaskan tubuh badannya sehingga perlu dibawa ke hospital.
Tak sampai seminggu, dia diserang dengan penyakit misteri, yang buatkan badan macam kena bakar, merah macam kena rebus, tiga hari menderita masuk hospital tapi doktor tak dapat diagnos sakit apa.
Sepanjang menderita nampak memang dia memang kepanasan sebab buka aircond full, orang lain menggigil sejuk dia kepanasan sampai berpeluh.
Bagaimanapun, menurut individu itu, keluarga arwah sahabatnya mengetahui tentang perantara sihir tersebut selepas dia meninggal dunia.
Selepas dah meninggal baru dapat detact teefon tu perantara sihir, sampai akhir hayat telefon tu ada dekat dia dalam wad.
Lepas meninggal orang yang bagi telefon tu ronda sekeliling rumah, mungkin nak tahu siapa yang meninggal.
Difahamkan telefon bimbit berkenaan diberikan oleh kenalan ibu arwah yang didakwa iri hati dan dengki hingga tergamak berbuat demikian.
Sumber: Threads
The post Arwah Rakan Disihir, ‘Handphone Flip’ Pemberian Orang Jadi Perantara – ‘Mak Dia Kontraktor, Mungkin Ada Kenalan Dengki’ first appeared on OHBULAN!.





