Seorang pemilik perniagaan ayam geprek berdepan detik cemas apabila menemui mayat salah seorang pekerjanya tanpa tangan dan kaki di dalam peti sejuk beku, Sabtu lalu.
Mayat dalam freezer kedai ayam geprek

Pemilik yang dikenali sebagai AL berkata, mangsa bernama Bedul, 45, merupakan pekerja sambilan di premis berkenaan yang terletak di Perumahan Mega Regency di Desa Sukaragam, Indonesia.
Dia hanya menyedari kejadian itu ketika datang ke kedai untuk memeriksa keadaan selepas semua pekerja pulang ke kampung sempena cuti raya.
Saya datang sebab semua kerja bercuti. Bila sampai, saya tengok dari celah pintu dan nampak sesuatu yang mencurigakan dalam freezer.
Bila saya buka, saya terkejut sebab mangsa sudah terbungkus dengan kain dan plastik di dalamnya.
AL kemudian segera memaklumkan kepada penduduk setempat sebelum membuat laporan polis.
Ada barang di kedai hilang

Difahamkan, selain bekerja sebagai pekerja sambilan di kedai berkenaan, mangsa juga merupakan pengawal keselamatan di kawasan rumah kedai tersebut.
Dalam masa sama, AL turut mendapati beberapa barangan milik premisnya hilang, termasuk dua buah motosikal yang digunakan untuk operasi harian.
Tambahnya lagi, dua pekerja tetapnya yang masing-masing berusia 28 dan 24 tahun juga gagal dihubungi sejak Jumaat.
Saya cuba hubungi tapi tak dapat. WhatsApp pun hanya satu tanda (tidak dibaca). Saya tak boleh buat sebarang kesimpulan, biar polis siasat.
Difahamkan, dua orang rakan sekerja yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu telah ditahan polis.
Hasil siasatan mendapati motif kejadian itu berlaku kerana dua suspek berang mangsa enggan bersubahat untuk mencuri barangan milik majikan mereka.
Sumber: Kompas TV, Rejabar
The post Pemilik Kedai Ayam Geprek Jumpa Mayat Pekerja Tanpa Tangan & Kaki Dalam Freezer – ‘Mangsa Dibungkus Dengan Kain, Plastik’ first appeared on OHBULAN!.





