31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Panduan Praktikal Mandi Junub, Ikut Turutan

    Shopee Sale

    Mandi junub atau mandi wajib ialah proses bersuci selepas berhadas besar dengan meratakan air ke seluruh badan, sama ada bagi lelaki atau perempuan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak

    Artikel Berkaitan: Terbatal Ke Solat Makmum Jika Imam Terlupa Mandi Wajib? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Turutan mandi wajib

    Mandi junub diwajibkan ke atas individu beragama Islam yang meninggal dunia, haid dan nifas, perempuan yang melahirkan, serta orang yang berhubungan suami istri atau keluar air mani.

    Penting bagi umat Islam untuk mengetahui turutan mandi wajib agar ibadah yang dilakukan sah disisi Allah.

    1. Membaca Bismillah dan berniat untuk mandi wajib.

      Niat mandi wajib mengikut kitab Kifayatul Akhar oleh Imam Taqiuddin Al Hisni:

      Sahaja aku berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari jinabah, fardhu kerana Allah Ta’ala (Bismillahirahmanirahim nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbar minal janabati fardhlon lillahi ta’ala).

      2. Membersihkan kedua telapak tangan.

      MENARIK:  OBPVO: ‘Memori Mungkin Berulang’ Unggul Di Hati Peminat, Raih Trofi Kategori Lagu Paling Hot 

      3. Menghilangkan kotoran yang menghalang air daripada memasuki kulit.

      4. Membersihkan kemaluan dengan tangan kiri.

      5. Berwuduk secara sempurna.

      6. Kedua tangan dicelupkan ke dalam air lalu menyisir akar rambut dengan air.

      7. Ratakan air pada kepala sebanyak tiga kali.

      8. Ratakan air ke badan bahagian kanan sebanyak tiga kali selanjutnya bahagian kiri dengan kiraan yang sama.

        Menjawab persoalan kesahihan mandi wajib tanpa sabun, ianya tetap sah kerana sabun atau syampu tidak termasuk dalam rukun mandi wajib.

        Sumber: IDN Times

        The post Panduan Praktikal Mandi Junub, Ikut Turutan first appeared on OHBULAN!.

        Latest Posts

        IKLANShopee Sale

        Mesti Baca

        Follow Facebook Portal Barang Murah