29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes juruterbang seludup dadah: Petugas saringan KLIA dipanggil beri keterangan

    Shopee Sale

    Polis kenal pasti seorang individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes juruterbang Malaysia yang disyaki menyeludup dadah jenis ekstasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan yang merupakan antara petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan.

    “Individu berkenaan merupakan antara petugas yang terlibat membuat saringan di KLIA, kita akan panggil dia untuk soal siasat dan kalau ada keperluan kita akan buat tangkapan,” katanya pada Sidang Media Kejayaan JSJN Selangor di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata hasil siasatan awal setakat ini mendapati suspek mendapatkan dadah berkenaan di sebuah apartment di Ampang selain siasatan sedang menjurus kepada pelbagai spektrum termasuk aspek keselamatan di pintu masuk lapangan terbang.

    MENARIK:  JKOM perluas program beri tumpuan penyebaran maklumat

    “Semakan turut mendapati suspek hadir ke KLIA pada pagi dan mendaftar masuk bagasi mengandungi dadah berkenaan dan meninggalkannya di KLIA sebelum terbang ke Kota Kinabalu dan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan bertolak ke Jakarta dengan membawa bagasi terbabit,” katanya.

    Sementara itu, Hussein berkata pihaknya kini sedang menunggu makluman daripada pihak Polis Republik Indonesia (POLRI) untuk menggerakkan pegawainya ke negara berkenaan bagi sesi soal siasat.

    Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

    Menurut POLRI, pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah