Pelakon Uqasha Senrose memberikan respon berkenaan ucapan istimewa yang dititipkan oleh bekas suami, Kamal Adli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli
Ucapan Kamal

Ketika ditemui , Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia sama sekali tidak mengetahui tentang ucapan tersebut.
Saya pun tak tahu yang dia post macam tu. Pada saya apa yang dia post, apa yang dia kongsikan itu semua adalah dari diri dia.
Saya tak nak cakap apa-apa, saya tak nak komen apa-apa. Kalau dia beri ucapan itu adalah atas ingatan dia pada saya, itu sahaja.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya, Madu Atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang pada Selasa.
Dalam pada itu, Uqasha turut mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat melalui fasa sukar dengan penuh tabah.
Alhamdulillah, biasalah dalam kehidupan ini ada masanya kita tenang, ada masanya rasa macam susah.
Begitulah, kehidupan tak selalunya tenang. Saya okay, sekarang pun sibuk dengan anak.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli, 40, berkongsi ucapan ringkas untuk Uqasha.
Dalam ucapan yang sama, Kamal turut mendoakan agar Uqasha dilimpahi dengan rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
The post [VIDEO] Uqasha Senrose Tak Tahu Kamal Adli Titip Ucapan Hari Lahir – ‘Atas Ingatan Dia Pada Saya, Itu Sahaja’ first appeared on OHBULAN!.





