Siapa sahaja yang tidak suka balik rumah yang sejuk, bersih dan buat kita rasa tenang lepas harungi hari yang panjang dan stres?
Panasonic Malaysia dengar dan faham keperluan rakyat Malaysia yang makin tinggi, sebab tu mereka tampil dengan inovasi terbaru, Siri Penyaman Udara X-Premium Inverter yang bukan sekadar sejuk tapi juga menjaga kesihatan dalaman rumah korang!
Pada 15 Julai 2025, Siri Penyaman Udara X-Premium Inverter telah dilancarkan secara rasmi oleh Encik Dai Nishi, Ketua Pegawai Operasi Panasonic Air-Conditioning Malaysia.
Beyond The Cool: teknologi Jepun, jiwa Malaysia
Panasonic bukanlah nama asing dalam dunia teknologi dan dengan warisan lebih 100 tahun, mereka faham betul gaya hidup kita.
Siri X-Premium Inverter ni merupakan simbol kepada visi Panasonic, ‘Create Today. Enrich Tomorrow.’ yang bermaksud, hidup hari ni, tapi dengan keselesaan dan kesejahteraan jangka panjang.
Kalau korang fikir aircond ni cuma penyejuk bilik, korang silap besar! Siri ni lengkap dengan teknologi nanoe
X Generator Mark 3 yang hasilkan 48 trilion radikal hidroksil sesaat, cukup power untuk halang debunga, virus, bakteria dan menyahbau bau busuk 4 kali lebih cepat berbanding versi lama.
Bayangkan udara bersih tanpa bau masakan, bau rokok, atau bulu kucing dan bestnya, boleh lembapkan kulit dan rambut juga. Sesuai sangat untuk rumah yang ada anak kecil, warga emas atau sesiapa yang ada masalah pernafasan.

Menurut Encik Dai Nishi, Panasonic komited untuk menyediakan kualiti udara dalaman yang lebih baik berbekalkan pemahaman mendalam mengenai gaya hidup tempatan dan berpandukan semangat Kualiti Jepun iaitu ‘Omotenashi’ (penjagaan penuh keprihatinan), ‘Mottainai’ (menghormati sumber) dan ‘Monozukuri’ (kepakaran pembuatan dan kualiti).
“Beginilah cara kami merealisasikan keunggulan Jepun melalui inovasi yang boleh dipercayai, relevan dan berakar umbikan kesejahteraan pelanggan kami.” ujarnya
Apa yang menjadikan Siri X-Premium Inverter ni luar biasa?

Siri ini direka khas untuk kediaman moden rakyat Malaysia, dilengkapi dengan gabungan teknologi penyejukan dan penapisan udara yang memberikan pengalaman 2-dalam-1, sejuk dan sihat dalam satu alat. Apa lagi yang menarik?
- Teknologi nanoe
X Generator Mark 3: Ia menghasilkan 48 trilion radikal hidroksil sesaat, membolehkannya menghalang debunga dan menyahbau empat kali lebih pantas berbanding generasi terdahulu. Terbukti berkesan dalam menghapuskan bau, bakteria dan virus, kulapuk, alergen serta debunga.
- Clean air indicator: Ada lampu 3 warna real-time yang tunjuk tahap kualiti udara korang. Senang gila nak tahu bila udara dah tak bersih.
- Sensor habuk & bau: Boleh detect partikel halus seperti PM2.5 dan juga bau masakan, haiwan peliharaan, atau peluh. Sesuai sangat untuk rumah moden.
- Inside cleaning on demand: Fungsi ni automatik bersihkan bahagian dalam aircond, jadi korang tak perlu risau pasal kulapuk atau habuk tersembunyi.
- Jimat tenaga sehingga 58%: Dengan penarafan tenaga 5 bintang dan Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF) yang tinggi, korang dapat rumah sejuk tanpa risau bil elektrik melambung.
Miliki kredibiliti dan kualiti terjamin, ini antara sebab Panasonic jadi pilihan ramai rakyat Malaysia!

Sedia maklum bahawa Panasonic memiliki tempat di hati rakyat Malaysia sejak lebih 50 tahun kerana produknya dibangunkan di Malaysia walaupun diinspirasikan oleh Jepun.
Oleh itu, boleh dikatakan jenama Panasonic ini sangat dekat dengan rakyat tempatan. Farah Nabilah, seorang pelakon, Mekyun, seorang content creator dan Alex Lee, seorang pereka dalaman dan content creator turut hadir ke majlis pelancaran Siri Penyaman Udara X-Premium Inverter ini.
Menurut Farah Nabilah, antara sebab dia memilih Panasonic kerana ia jenama yang dikenali dan boleh dipercayai.
Manakala, Mekyun pula mengatakan bahawa Panasonic adalah jenama yang menggabungkan gaya hidup sihat dan keselesaan.
Alex Lee pula mengatakan rekaan penyaman udara Panasonic ini minimalist dan menjadi kriteria utama dalam pemilihannya bagi dekorasi rumah.
Menang subsidi bil elektrik setahun!

Sempena pelancaran penyaman udara baharu ini, Panasonic Malaysia turut melancarkan kempen istimewa yang dinamakan ‘Hidup Mesti Chill’, sebagai satu seruan mesra untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar terus menjaga kesihatan mental dan emosi dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan.
Matlamatnya mudah iaitu apabila udara di rumah bersih, sejuk dan sihat, minda pun lebih tenang serta hati lebih lapang.
Lebih menarik, Panasonic memperhebatkan kempen ini dengan tawaran hadiah yang cukup lumayan menerusi inisiatif ‘Hidup Mesti Chill dengan nanoe
X’.
Empat pemenang bertuah bakal membawa pulang subsidi bil elektrik selama setahun bernilai RM10,000, selain menerima pelbagai perkakas rumah Panasonic serta kredit Touch ’n Go eWallet untuk kemudahan seharian.
Kempen ini berlangsung sehingga 31 Oktober 2025, jadi inilah masa terbaik untuk sertai dan jadikan hidup anda lebih ‘chill’ dari segala aspek.
Dah ready untuk chill dengan gaya?

Siri X-Premium Inverter Panasonic kini boleh didapati di semua pengedar sah Panasonic dan juga kedai dalam talian Panasonic Malaysia dengan harga seunit bermula dari RM 2,801.00 sahaja.
Setiap unit datang dengan jaminan 3 tahun untuk alat ganti umum dan 5 tahun untuk unit pemampat. Confirm puas hati!
Kalau korang tengah plan upgrade aircond rumah, inilah masa terbaik. Bukan sekadar aircond biasa, ini ialah pelaburan untuk kesejahteraan diri dan keluarga korang.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang ini.
The post Panasonic Perkenal X Premium Inverter Serial Baharu Yang Sejukkan Rumah, Bersihkan Udara & Tawarkan Hadiah Subsidi Bil Elektrik RM10,000 first appeared on OHBULAN!.





