Penyanyi legenda Zaiton Sameon menafikan sedang mengenali hati budi dengan seorang doktor perubatan dari Kelantan iaitu Dr Afif.
Artikel Berkaitan: Zaiton Sameon Syukur Dapat Keluarkan Single Sebelum Menutup Mata – ‘Senikatanya Gambarkan Kerinduan Pada Arwah Anak’
Artikel Berkaitan: Sebulan Dua Kali Ke Sarawak, Zaiton Sameon Nafi Letak Harga Mahal – ‘Saya Bersyukur Masih Terima Banyak Undangan’
Semua tentang kesihatan

Menurut Zaiton, 69, meskipun berasa sunyi selepas lebih tiga dekad hidup solo tanpa insan bergelar suami namun hubungan mereka sekadar pesakit dengan doktor sahaja.
Dakwaan ini mula tercetus apabila Dr Afif bersama penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan berkunjung ke rumah Zaiton kerana mahu memberi suplemen.
Baru-baru ini, Fizie datang bersama Dr Afif yang membuat kajian dan menghasilkan suplemen ini.
Fizie tahu saya ada masalah dalaman perut. Jadi dia mencadangkan agar saya makan suplemen yang sedang diusahakannya iaitu EnerVast. Ia bagus untuk kesihatan usus.
Dari situ Dr Afif banyak memberikan nasihat dan tip untuk kesihatan saya.
Tak dinafikan, kami ada berhubung selepas itu melalui panggilan telefon dan WhatsApp. Semua tentang kesihatan.
Tambah pelantun lagu Menaruh Harapan, dia berasa tidak selesa dengan spekulasi yang timbul kerana Dr Afif sudah berkahwin.
Malah, dia juga tidak pernah terfikir soal untuk berkahwin lagi selepas dua kali kecundang dan mahu fokus dengan tuntutan kerja.
Tak dinafikan, Dr Afif seorang yang baik hati, murah dengan senyuman, hormat orang, suka memberi nasihat dan sebagainya.
Namun, hubungan kami setakat pesakit dengan doktor sahaja. Kalau orang nampak mesra pun, hanya berborak soal kesihatan.
Dr Afif terlalu muda untuk saya. Lagipun, dia suami orang. Tak baiklah kalau ada yang anggap kami ada hubungan istimewa. Apatah lagi, soal kahwin.
Memang soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya hanya berserah. Namun dalam masa yang sama, saya faham dan hormat perasaan wanita lain.
Iya, memang tak salah pun kalau saya nak kahwin lagi. Cuma, rasanya sekarang bukan itu jadi matlamat hidup saya. Tak fikir pun pasal kahwin.
Saya hanya fikir untuk terus bekerja memenuhi undangan nyanyian dan meneruskan usaha dalam bisnes.
Terkini, Zaiton semakin aktif dalam bisnes Rendang Nasib, Sambal Bilis Hijau Petai serta ‘perfume’ jenama sendiri seperti Millionaire dan Gabriel.
Seperti ibu

Sementara itu, Dr Afif ketika dihubungi berkata, dia menganggap Zaiton Sameon hanya seperti ibu sendiri.
Pemilik nama sebenar Afif Mohd Ridzwan, 44, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain yang mempunyai 16 cawangan klinik di Pantai Timur.
Saya bersyukur, suplemen yang saya berikan kepadanya dapat membantu Kak Eton (panggilan buat Kak Eton) yang mempunyai masalah ‘pembuangan’.
Saya ikhlas bantu Kak Eton. Tiada niat lain. Saya doakan beliau terus sihat sekaligus dapat mencari rezeki dengan lebih giat lagi. Saya harap, sama-samalah sokong bisnes Kak Eton.
Tentang dakwaan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Zaiton, Dr Afif tidak ambil serius.
Apabila ada yang mengaitkan saya dengan Kak Eton, saya senyum sahaja. Saya anggap ia hanya usikan daripada para peminat Kak Eton.
Iyalah, sudah lama peminat Kak Eton mengharapkan beliau berkahwin setelah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bagi saya soal jodoh itu, Allah yang tentukan. Doakanlah yang terbaik buatnya.
The post Zaiton Sameon Nafi Sedang Rapat Dengan Dr Afif – ‘Dia Terlalu Muda Untuk Saya, Lagipun Suami Orang’ first appeared on OHBULAN!.





