32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mandi jadi padah, kanak-kanak maut terjatuh dalam bilik air

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika sedang mandi di rumahnya di Taman Bukit Segar di Cheras, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu pada 9.01 malam daripada Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), manakala siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh di dalam bilik air pada 5 petang dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan.

    "Mangsa dimasukkan ke zon merah dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HCTM untuk proses bezah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan ketika ini, kes masih lagi dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Inkues Zara: Saksi kanak-kanak kedua selesai beri keterangan

    Naazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    Sehubungan dengan itu, dia meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab menerusi talian 013-5495236.

    Naazron turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah