Kalau korang pernah lepak di Golden Triangle Kuala Lumpur, korang mesti tahu betapa meriahnya suasana di kawasan Bukit Bintang.
Lampu neon, jalan sentiasa sesak dengan orang dan busker pula menjadi hiburan utama untuk crowd yang lalu-lalang.
Namun semalam, suasana jadi lebih luar biasa. Ketika sebuah kumpulan busker menghiburkan orang ramai, mereka tiba-tiba ternampak Aman RA berada di kalangan crowd.
Tanpa disangka, busker itu menjemput Aman RA untuk menyanyi bersama.
Aman RA turun padang, crowd terus terpukau
Tanpa ragu, Aman RA terus sambut jemputan dan mula bawakan lagu ‘Bangun! Kita Bagi Jadi’. Saat suara beliau kedengaran, suasana berubah macam konsert mini di tengah jalan.
Orang ramai yang lalu-lalang terus berhenti, keluarkan telefon dan rakam momen yang jarang-jarang berlaku ini. Lebih mengejutkan, persembahan itu tidak terhenti di situ sahaja.


Tiba-tiba muncul ahli-ahli musician tambahan dengan peralatan penuh, menambah lapisan bunyi yang buat crowd lebih teruja.
Di samping itu, ada juga pertunjukan silat yang menyertai persembahan, mempamerkan semangat budaya dan warisan Malaysia. Gabungan muzik urban, aksi tradisi dan crowd yang pelbagai bangsa menjadikan momen ini betul-betul unik.

Persembahan yang hidup dengan semangat merdeka
Seolah-olah seluruh Bukit Bintang bertukar jadi pentas terbuka, paparan DOOH (Digital Out-of-Home) di sekitar kawasan turut memainkan video muzik lagu ‘Bangun! Kita Bagi Jadi’.
Gabungan persembahan busker, Aman RA, musician tambahan, pertunjukan silat dan visual moden pada skrin gergasi menjadikan suasana terasa immersive serta penuh jiwa patriotik.

Timing kejutan ini juga sangat tepat kerana berlangsung menjelang sambutan Merdeka. Ia bukan sekadar hiburan jalanan, tetapi simbol kebersamaan rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai latar belakang.
CIMB melalui kempen Kita Bagi Jadi berjaya mengangkat roh ‘Bangun! Kita Bagi Jadi’ terus ke jalanan, sekaligus menjadikan crowd sendiri sebahagian daripada persembahan itu.
Netizen tak henti-henti share
Selepas persembahan itu, media sosial pantas dibanjiri video daripada crowd. Ada yang kagum dengan kejutan kolaborasi busker dan Aman RA.

Malah, ada juga yang terharu dengan elemen budaya seperti silat yang ditampilkan dan ramai yang anggap ia antara momen jalanan paling epik pernah berlaku di Kuala Lumpur.
Korang kena tengok sendiri
Kalau korang terlepas berada di sana, jangan risau. Korang boleh tonton muzik video ‘Bangun! Kita Bagi Jadi’ di YouTube.
Tunggu apa lagi? Mari kita tonton bersama-sama dan tanamkan semangat merdeka dalam diri.
Oh ya, korang boleh klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen CIMB Kita Bagi Jadi ini.
The post Orang Ramai Terpukau, Aman RA Join Busker Di Bukit Bintang Dengan ‘Bangun! Kita Bagi Jadi’ first appeared on OHBULAN!.





