32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Online Safety IRL: Ubah Cara Rakyat Malaysia Tangani Penipuan Digital

    Shopee Sale

    Online Safety IRL merupakan sebuah kempen kesedaran penipuan peringkat kebangsaan, ia dibangunkan berdasarkan pengalaman sebenar rakyat Malaysia, dengan matlamat mengubah cara masyarakat memahami dan bertindak terhadap isu keselamatan dalam talian.

    Artikel Berkaitan: Scam Dan Eksploitasi Kanak-Kanak Makin Parah, Ini Sebab ONSA Diperkenalkan

    Artikel Berkaitan: Desakan Kewangan Punca Kena Scam, Individu Ini Dedah Bagaimana Dirinya Jadi Mangsa!

    Buatan AI yang sukar dikesan

    Berteraskan tingkah laku harian di ruang digital, kempen ini menampilkan pendekatan baharu yang melihat keselamatan bukan sebagai sekatan, sebaliknya sebagai satu lensa bagi memperkasa pengguna agar lebih yakin dan berdaya tindak ketika berada dalam talian.

    Dalam landskap digital yang sentiasa berubah, Online Safety IRL menumpukan perhatian kepada ancaman penipuan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang semakin kompleks dan sukar dikesan.

    Menerusi penglibatan pencipta kandungan, pemimpin belia serta komuniti daripada pelbagai latar belakang, kempen ini berusaha meningkatkan keupayaan rakyat Malaysia dalam mengenal pasti taktik penipuan dan melaporkan sebarang bahaya yang dihadapi di alam maya.

    Usaha ini dijalankan melalui kerjasama rentas sektor bersama Kementerian Komunikasi, CelcomDigi, dan Meta, serta disokong rakan media, Tonton.

    Selain itu, keberkesanan pendekatan ini diiktiraf apabila Online Safety IRL memenangi Anugerah MARKies 2025 bagi kategori ‘Most Effective Use in the Government Sector and Non-Profit Marketing’.

    Sebagai lanjutan kepada inisiatif ini, Creators IRL diperkenalkan sebagai sebuah program felo selama tiga bulan yang menekankan peranan penting pencipta kandungan dalam membentuk kesedaran dan respons masyarakat terhadap risiko dalam talian.

    Program ini menawarkan sokongan menyeluruh, termasuk konteks, alat, dan bimbingan, supaya mesej keselamatan digital dapat disampaikan secara organik melalui kandungan yang dipercayai audiens.

    Membentuk tabiat digital yang lebih berwaspada

    Para peserta menyertai siri kelas induk bersama pengamal industri dan rakan korporat, selain aktiviti lapangan dan pertukaran idea, dengan fokus kepada trend penipuan semasa, penceritaan digital yang bertanggungjawab, serta cabaran sebenar dalam menyampaikan mesej keselamatan melalui kandungan harian.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dia Macam Dalam Dunia Sendiri, Muka Nampak Letih’ – Tular ‘Live’ Terakhir Akiko Okumura, Luah Hasrat Bertemu Tun Mahathir & Isteri

    Melalui penceritaan yang autentik dan berasaskan pengalaman, Creators IRL berusaha membentuk tabiat digital yang lebih berwaspada dalam kalangan masyarakat.

    Dalam pada itu, penganjuran program ini juga menggalakkan pengguna untuk berhenti sejenak, membuat semakan sebelum bertindak, dan mengenal pasti tanda amaran dalam kandungan dalam talian.

    Sehubungan itu, inisiatif ini meningkatkan kesedaran mengenai saluran pelaporan yang betul, seperti National Scam Response Centre (NSRC) dan talian 997.

    Ia juga menggalakkan individu berkongsi pengalaman berdepan penipuan bagi membantu orang lain mengelak risiko yang sama.

    Sepanjang pelaksanaannya dari bulan Januari hingga bulan Februari, seramai 15 pencipta kandungan dari pelbagai negeri menghasilkan puluhan video kesedaran yang dijangka meraih jutaan tontonan di platform media sosial seperti Instagram dan Facebook.

    Kepelbagaian latar belakang pencipta serta penggunaan pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan dialek tempatan, memastikan mesej kempen ini dapat diakses oleh komuniti yang lebih luas di seluruh negara.

    Kesemua kandungan yang dihasilkan menampilkan pendekatan mesra audiens dan menjauhi gaya pengumuman khidmat awam konvensional.

    Kemuncak inisiatif ini diraikan menerusi Unfiltered Showcase by Creators IRL yang berlangsung pada 11 Februari 2026 bersempena Safer Internet Day. Acara tersebut menghimpunkan pencipta kandungan, rakan kerjasama dan wakil media dalam sesi tontonan eksklusif yang mempamerkan karya terhasil daripada program felo berkenaan.

    Unfiltered Showcase turut menawarkan gambaran jujur tentang bagaimana isu penipuan ditafsir dan diterjemahkan melalui pengalaman hidup, kreativiti serta tingkah laku digital para pencipta kandungan, sekali gus mencerminkan realiti sebenar cara rakyat Malaysia berdepan ancaman penipuan dalam kehidupan harian di alam maya.

    The post Online Safety IRL: Ubah Cara Rakyat Malaysia Tangani Penipuan Digital first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah