Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini kembali menemui peminat pada 15 Januari 2027 dengan menghimpunkan 15 calon yang mencipta nama serta mendapat perhatian ramai menerusi dunia digital.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Siapa Bakal Dinobatkan ‘Nepo Baby Paling Viral’? Zaki Yamani, Azeva & Ammar Ahyan Antara 15 Calon Pilihan
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Penyanyi Berentap Untuk ‘Penyanyi Gen Z Paling Viral’! Alpha, Umairah & Wani Kayrie Antara Pencabar
15 calon peniaga paling viral

Bukan sahaja selebriti, golongan peniaga yang aktif mempromosikan produk dan perniagaan di media sosial turut mendapat tempat menerusi pencalonan bagi kategori Peniaga Paling Viral bagi tahun ini.
Bakal berlangsung secara dalam talian pada 15 Januari 2027, acara ini pastinya menjadi antara momen yang dinanti-nantikan untuk menghargai pengaruh dan pencapaian individu yang mewarnai dunia media sosial.
Berikut antara calon-calonnya:
- Kek Lapiz Haffiez
- Dhira Nasi Lemak
- Budak 46
- RizzQuesillo
- Kak Ojie
- Syakirje
- Opah Strawberries CH
- Farah Dina
- Atok Jajan
- Pakcik Tupperware
- Tokey Coconut Candy
- Durian Papa Muda
- Kilos Cakes
- Kakak Naga
- Bonsha Bonshi
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini? first appeared on OHBULAN!.





