27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Apabila Datang Ke Majlis, Jangan Bebankan Pengantin Dengan Perkara Tak Sepatutnya’ – DSV

    Shopee Sale

    Usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) menegur segelintir tetamu supaya tidak merungut atau mempertikaikan perkara remeh ketika menghadiri majlis perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaki Cedera, Fazley Yaakob Terharu DSV Sanggup Tinggal Kerja Demi Dirinya – ‘Dia Di China Tapi Balik Awal..’

    Teguran DSV

    Menerusi hantaran di Threads, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berpandangan bahawa tetamu seharusnya hadir untuk meraikan pengantin dan bukannya mengharapkan pasangan tersebut memberikan layanan berlebihan kepada mereka.

    Tambah Vida, hari perkahwinan merupakan detik istimewa buat pasangan pengantin yang seharusnya dipenuhi dengan kenangan indah dan perkara menggembirakan.

    Apabila datang ke majlis perkahwinan kalau boleh jangan membebankan pengantin dengan perkara tidak sepatutnya.

    Patutnya kita meraikan, menyantuni kedua mempelai bukan mereka yang meraikan tetamu.

    Itu hari berbahagia mereka, isikan hari istimewa mereka dengan perkara yang indah indah.

    Dalam masa yang sama, Vida turut berkongsi pengalamannya menghadiri majlis resepsi pelakon Bella Astillah bersama ahli politik Syed Saddiq yang berlangsung Ahad lalu.

    MENARIK:  Wanita Teruk Dikecam, Rasa Kelakar Ketika Kongsi Momen Anak Robohkan Pelamin Rakan – ‘Kalau Aku Jadi Pengantin…’

    Menurut Vida, tujuan utama kehadirannya adalah untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin, selain menyantuni keluarga mereka dan bertemu beberapa kenalan.

    Saya pun lambat sampai ke majlis, saya tak terfikir untuk mencari tempat duduk atau makanan. Purposely untuk ucapkan tahniah.

    Dan setibanya saya di hall saya terus santuni keluarga pasangan dan berjumpa YB dan Bella.

    Yang penting ambil gambar.

    Terdahulu, Bella memohon maaf kepada tetamunya yang didakwa berkecil hati berikutan isu susunan tempat duduk pada majlis resepsinya.

    Sumber: Threads 

    The post ‘Apabila Datang Ke Majlis, Jangan Bebankan Pengantin Dengan Perkara Tak Sepatutnya’ – DSV first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah