34.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’ – ‘Ibu Bapa Beri Saya Nama, Maksud Yang Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon Ruhainies mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen tergamak mengubah namanya dengan gelaran ‘Ruhanat’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Nafi Sengaja Bangkitkan Isu Fitnah – ‘Tidak Adil Untuk Saya..Kena Fikir Diri Sendiri Juga’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Dibela & Ditaja, Mana Buktinya?’ – Ruhainies

    Ruhainies terasa hati

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata gelaran tersebut sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, namun dia masih belum mengetahui individu yang mula-mula menggunakan panggilan berkenaan.

    Mereka mengubah nama saya kepada gelaran ‘Ruhanat’. Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.

    Saya belum mengenalpasti siapa pemula gelaran tersebut, tetapi netizen lain terus mengikutnya sehingga kini, sudah tiga tahun berlarutan.

    Ruhainies berkongsi perkara itu pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Ruhainies berpendapat segelintir pihak sengaja menggunakan namanya di media sosial untuk meraih perhatian dan meningkatkan interaksi demi kepentingan peribadi.

    Sesetengah pihak menggunakan nama saya sebagai clickbait atau rage bait untuk menaikkan engagement akaun mereka bagi menjual produk atau pautan affiliate.

    Tolonglah fikirkan kesan terhadap emosi mangsa fitnah dan hormatilah hukum hakam.

    Meskipun berdepan pelbagai dugaan, Ruhainies reda dengan segala ketentuan Allah dan menerima ujian tersebut dengan hati terbuka.

    Malah menyifatkan pengalaman ini sebagai satu proses pembelajaran yang mengajarnya untuk lebih matang dan menghargai nikmat kehidupan.

    Setiap dugaan ada hikmahnya. Sepanjang 34 tahun hidup, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Saya redha denga ujian ini dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran hidup.

    Selepas ujian ini, banyak rezeki dan kehadiran orang-orang baik yang datang dalam hidup saya.

    Sementara itu, Ruhainies berkata dia kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada masa depan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

    Saya tidak mahu mengenangkan perkara lalu dan mahu fokus pada masa depan serta memperbaiki diri.

    Hikmah terbesar daripada ujian ini adalah Anies dapat mendekatkan diri kepada Allah, menjadi lebih matang, dan lebih menghargai orang sekeliling.

    Pada Selasa, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

    MENARIK:  Baru Kahwin Enam Bulan, Isteri Dedah Suami Suka ‘Tiga Serangkai’ – ‘Dia Selalu Aim Kawan Saya Yang Single’

    Antara dakwaan yang dipertikaikan ialah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan individu kenamaan.

    Menerusi tuntutan berkenaan, ketiga-tiga individu itu diminta membuat permohonan maaf, memberikan akujanji untuk menarik balik atau memadam segala kenyataan berunsur fitnah, menghentikan penyebaran tohmahan serta menanggung kos guaman.

    Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies akan menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

    The post [VIDEO] Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’ – ‘Ibu Bapa Beri Saya Nama, Maksud Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah