Pelakon Hairul Azreen memaklumkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar bakal menyertai Hyrox Youngstars pada hujung tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Akui ‘Benci’ Berlari, Tapi Tetap Habiskan Hyrox Dengan Kecederaan ACL
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen, Hanis Zalikha Reward RM1,000 Buat Staf Berjaya Turun Berat Sebanyak 5kg, Netizen Puji – ‘Ada Kerja Kosong Tak?’
Hyrox youngstars
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Hairul dilihat melatih Yusuf bagi membina stamina sebagai persediaan menghadapi penyertaan pertamanya dalam Hyrox Youngstars.
Dalam pada itu, Hairul turut berkongsi bahawa Yusuf diberi kepercayaan sebagai duta sukan tersebut bagi musim 2026/2027.
Yusuf ada berita besar nak dikongsikan dengan semua.
Kami berbangga mengumumkan bahawa Yusuf Iskandar kini secara rasmi dilantik sebagai HYROX Youngstars Ambassador bagi musim 2026/2027.
Tak sabar nak menyaksikan perlumbaan HYROX pertamanya pada Disember ini.
Baby online dah besar




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak percaya melihat Yusuf kini sudah berusia 10 tahun susulan masih mengingati konten ketika masih bayi yang sering dikongsikan sebelum ini.
Dalam pada itu, warganet turut menitipkan kata-kata semangat buat Yusuf bagi penyertaan pertamanya di Hyrox Youngstars.
Sumber: Threads
The post Yusuf Iskandar Dilantik Duta Hyrox Youngstars, Hairul Azreen Jadi ‘Coach’ first appeared on OHBULAN!.





