31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Drama Band, Asfan Shah & Manusia Bergabung Dalam Konsert Malam Drama Manusia

    Shopee Sale

    Drama Band dan Asfan Shah bersama kumpulannya, Manusia, bakal berkongsi pentas menerusi Konsert Malam Drama Manusia yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari 2027.

    Dianjurkan Permaico Concerto, konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu menjanjikan pengalaman berbeza menerusi konsep fantasi yang menggabungkan kepelbagaian muzik, imaginasi dan emosi dalam sebuah persembahan.

    Artikel Berkaitan: Berang Dituduh Ciplak Lagu, Asfanshah Sound Penyanyi Paling Famous Abad Ini

    Konsert Malam Drama Manusia bagi pengalaman baharu

    Ketua Pegawai Eksekutif Permaico Concerto, Datuk Norshida Mohamed Ali, memberikan kepercayaan kepada kedua-dua kumpulan untuk menjayakan projek berkenaan sebagai sebuah persembahan istimewa buat peminat muzik tempatan.

    Vokalis Asfan Shah dan Manusia, Asfan Shah, berkata konsep yang diketengahkan bukan sekadar menampilkan persembahan muzik, sebaliknya membawa penonton menyelami dunia imaginasi dan merasai pelbagai emosi sepanjang konsert.

    Konsep konsert ini berteraskan fantasi. Kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada penonton, bukan sekadar datang untuk melihat penyanyi membuat persembahan di atas pentas.

    Kami mahu penonton merasai pelbagai emosi sepanjang persembahan, daripada lagu rancak hinggalah lagu sedih dan karya yang membangkitkan perasaan bercampur baur.

    Menurut Asfan, konsert berdurasi lebih dua jam itu bakal menampilkan sekurang-kurangnya 25 lagu, termasuk karya sendiri dan lagu yang pernah dihasilkannya untuk penyanyi lain.

    Lagu-lagu berkenaan akan diberikan susunan muzik baharu bagi menawarkan kelainan kepada pendengar, termasuk mereka yang sudah biasa dengan karya tersebut.

    Kumpulan Asfan Shah dan Manusia yang ditubuhkan pada penghujung tahun lalu turut memperkenalkan single berjudul Dusta.

    Kumpulan itu turut dibarisi pemuzik berpengalaman, iaitu Adam Karman dan Arash daripada Treehill, Zack daripada New Boyz serta One daripada Sofazr.

    MENARIK:  [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

    Hargai dapat bergabung

    Sementara itu, vokalis Drama Band, Aepul Roza, menyifatkan peluang bergabung dengan Asfan sebagai satu pengalaman bermakna memandangkan mereka pernah bersaing dalam pertandingan muzik sebelum ini.

    Saya dan Asfan sudah pernah bertanding di atas pentas sebanyak dua kali. Ada ketika dia menang dan ada ketika saya menang.

    Jadi, peluang untuk kami bergabung dalam sebuah konsert berskala besar ini memang sesuatu yang saya hargai. Terima kasih kepada pihak penganjur, khususnya Datuk Norshida, atas kepercayaan yang diberikan.

    Aepul turut mengusik peminat dengan kemungkinan melakukan sesuatu di luar kebiasaan pada malam konsert, termasuk membotakkan kepala atau membuat kemunculan menggunakan helikopter.

    Namun, antara tarikan utama yang dinantikan ialah segmen khas apabila kedua-dua kumpulan bergabung dan bermain muzik secara serentak di atas satu pentas.

    Gabungan itu bakal menampilkan dua pemain dram, tujuh pemain gitar dan dua vokalis, sekali gus memberikan dimensi persembahan berbeza berbanding penampilan mereka secara berasingan.

    Idea menggabungkan kedua-dua kumpulan dicetuskan oleh pihak penganjur. Persamaan dari segi penghasilan lagu yang sering menjadi runut bunyi drama tempatan turut menjadi antara faktor yang mengukuhkan konsep Malam Drama Manusia.

    Selain persembahan muzik, barangan cenderamata eksklusif turut dirancang untuk ditawarkan kepada peminat pada hari konsert.

    Tiket Konsert Malam Drama Manusia kini mula dijual menerusi platform Ticket2u di laman web Ticket2u.com.my.

    Peminat berpeluang menikmati penjimatan sebanyak 15 peratus menerusi pendaftaran awal. Mereka juga disarankan mendapatkan tiket melalui saluran rasmi bagi menyaksikan persembahan pada 15 Januari 2027.

    The post Drama Band, Asfan Shah & Manusia Bergabung Dalam Konsert Malam Drama Manusia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah