Pelakon, Ikmal Amry berkongsi pengalaman dirinya yang mengalami akil baligh agak lewat berbanding kebanyakan individu lain.
Artikel Berkaitan: Anak Jofliam & Dewi Jadi Sasaran, Ikmal Amry Tegur – ‘Ada Orang Sanggup Mati ..’
Artikel Berkaitan: Dikecam Guna Perkataan ‘Kedekut’, Ikmal Amry Mohon Maaf – ‘Berpada-Pada Lebih Sesuai’
Lewat akil baligh
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian dalam podcast Kita Kita Aje Podcast bersama pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil, Ikmal mendedahkan bahawa dia mula mengalami akil baligh ketika di usia 17 tahun.
Menurut Ikmal, sebelum mencapai usia tersebut, dia tidak mengalami mimpi yang pelik dan pernah mendapatkan nasihat doktor bagi mengetahui keadaan dirinya.
Saya akil baligh ketika umur saya 17 tahun, tingkatan lima.
Saya tiada mimpi yang pelik. Saya pernah jumpa doktor juga berkenaan perkara ini.
Dalam pada itu, Ikmal turut berkongsi perubahan fizikal yang dialaminya sebelum dan selepas akil baligh termasuk pertambahan ketinggian serta perubahan pada bentuk wajah.
Doktor kata perkara ini normal. Masa saya umur 16, suara saya masih kecil. Tinggi saya 160 cm ketika itu.
Bila dah akil baligh baru tinggi mendadak. Muka pun dah ada bentuk, kalau tak dulu saya bulat saja.
Sumber: Instagram
The post Ikmal Amry Dedah Akil Baligh Usia 17 Tahun – ‘Saya Tak Mimpi Pelik’ first appeared on OHBULAN!.





