34.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Balqis Faham Keluhan Artis Veteran, Populariti Lebih Diutama Berbanding Bakat – ‘Ingatkan Diri Saya Tentang Kisah P. Ramlee’

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Balqis berkongsi pandangan mengenai realiti industri hiburan tanah air yang dilihat semakin mengagungkan populariti berbanding kualiti dan mutu lakonan.

    Artikel Berkaitan: ‘Rasa Nak Menangis’ – Individu Kongsi Puteri Balqis & Keluarga Tak Berkira Walau Terima Bayaran Rendah

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Akan Benarkan Ibu Disaman, Bergari Seorang Diri’ – Puteri Balqis

    Populariti dan mutu lakonan

    Dalam hantaran di Instagram Story, Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 19, memahami rasa terkilan artis veteran terhadap sistem anugerah kini yang lebih mengutamakan jumlah pengikut dan populariti.

    Menurut Balqis yang mesra disapa Aqis, situasi itu mengingatkannya kepada perjalanan seni Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan dijadikan sebagai iktibar.

    Ada artis veteran mengeluh kerana anugerah hari ini semakin banyak menilai populariti, bukan mutu lakonan.

    Saya faham perkara itu. Setiap kali lakonan tidak dihargai sebagaimana populariti diraikan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri tentang perjalanan seniman P. Ramlee.

    Seorang seniman yang pernah dijulang tetapi akhirnya turut merasai pahitnya penolakan. Pernah diejek di atas pentas ketika zaman kejatuhannya.

    Kehidupan P. Ramlee dan Saloma tidak semuanya seindah yang sering diceritakan.

    Menyentuh mengenai sokongan peminat, Aqis berkata penghargaan daripada peminat tidak semestinya diukur melalui sorakan lantang di media sosial mahupun lambakan undian semata-mata.

    MENARIK:  Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Sudah Lebih 20 Tahun Jadi Mangsa Keganasan Rumah – ‘Saya Ada Bukti Gambar, Audio & Video’

    Jelas Aqis, dia menghargai peminat yang dalam diam sentiasa memberi sokongan yang tidak diduga.

    Dan saya mula memahami sesuatu, tidak semua penyokong itu lantang.

    Ada yang tidak lantang dalam undian tetapi sibuk mempertahankan artis di ruangan komen. Tak perlu mengumumkan sokongan mereka kepada seluruh dunia.

    Saya menggelar mereka penyokong senyap. Mereka mungkin tidak selalu kelihatan tetapi sering hadir pada waktu yang paling tidak diduga.

    Katanya, sebuah pengiktirafan tidak semestinya perlu dibuktikan dengan membawa pulang trofi kemenangan di atas pentas.

    Dan setiap kali mereka hadir, saya ingatkan bahawa penghargaan tidak semestinya datang dalam bentuk kemenangan.

    Sesetengah penghargaan tidak diluahkan dengan lantang, tetapi itu tidak bermakna ia kurang bermakna.

    Sumber: Instagram

    The post Puteri Balqis Faham Keluhan Artis Veteran, Populariti Lebih Diutama Berbanding Bakat – ‘Ingatkan Diri Saya Tentang Kisah P. Ramlee’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah