26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Jual ‘Doorgift’ BASS Pada Harga RM350 Di Platform Dalam Talian

    Shopee Sale

    Majlis perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan isterinya Bella Astillah sebelum ini menerima perhatian ramai, termasuk daripada peminat yang teruja meraikan hari bahagia mereka.

    Artikel Berkaitan: Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Soal Sekufu, Saya Yang Tak Layak Berdiri Sebelah Bella’ – Syed Saddiq

    Jual doorgift BASS

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu didakwa menjual doorgift daripada majlis perkahwinan pasangan itu di platform jual beli dalam talian, Carousell.

    Hantaran tersebut meraih perhatian ramai apabila barangan berkenaan ditawarkan pada harga RM350.

    Doorgift Syed Saddiq dan Bella Astillah pun nak jual ke? Tak faham.

    Perkongsian itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tindakan menjual semula barangan yang diterima sebagai cenderahati daripada majlis perkahwinan berkenaan dengan harga yang tinggi.

    MENARIK:  Bukan Anak Emas! Walau Lama Berkawan, Zul Huzaimy Tak Terima Semua Tawaran A. Aida

    Untuk rekod, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.

    Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Alif Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk semula namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

    Hasil perkahwinan itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden dan Ara Adreanna, 6.

    Sumber: Threads

    The post Individu Jual ‘Doorgift’ BASS Pada Harga RM350 Di Platform Dalam Talian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah