
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian netizen apabila dilihat lancar membaca surah Ad-Dhuha.
Surah Ad-Dhuha
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 19, sedang membaca surah Ad-Dhuha pada seorang pelayan di sebuah restoran.
Difahamkan, Cik B mengamalkan surah tersebut seawal umurnya 7 tahun.
Cik B amalkan surah ini dari umur 7 tahun sampai sekarang, hari-hari baca.
Innsya-Allah rezeki luar biasa dan sentiasa dimudahkan segala urusan.
Anak yang baik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cik B yang mengikut sikap ibunya yang suka membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, warganet turut mendoakan pelantun lagu ‘Kami Budak Gen Z’ itu dipermudahkan segala urusan.





