Penyanyi, Wani Kayrie menyifatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai seorang permata seni yang luar biasa kerana dilihat lincah dan memberikan sepenuh tenaga setiap kali menjayakan persembahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Tak Sangka ‘Jangan Jangan’ Kembali Tular Selepas 11 Tahun – ‘Lagu Tuah Saya’
Tak semput

Menerusi perkongsian di Threads, Wani mengagumi kemampuan Siti Nurhaliza membuat persembahan selama lebih dua jam dengan menyampaikan lagu-lagu rancak tanpa kelihatan keletihan.
Pemilik nama Syazwani Abdullah, 25, ini memuat naik hantaran tersebut susulan terdapat komen-komen negatif yang mempersoalkan tentang usia Siti Nurhaliza.
Dah tua pun dia perform dua jam lebih lagu rancak pun tak semput tau!
Saya saksi konsert Gema Bumantara haritu!
Kita yang perform live 4 lagu rancak pun dah mengah.
Terdahulu, Siti Nurhaliza mencuri perhatian menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Konsert berkenaan berjaya menghimpunkan lebih 63,000 peminat yang hadir menyaksikan persembahan penyanyi nombor satu negara itu.
Sumber: Threads
The post ‘Kita Perform Empat Lagu Sudah Mengah’ – Wani Kayrie Kagum Dengan Persembahan Bertenaga Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.





