32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nutrition Day Nestlé: Bukan Sekadar Sihat, Tapi Sedap

    Shopee Sale

    Korang tahu tak, sekarang Nestlé Malaysia makin rancak mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

    Baru-baru ni, team Oh Bulan sempat singgah ke Nutrition Day yang dianjurkan khas oleh Nestlé Malaysia untuk warga NSTP dan Media Prima. Fuh, bukan main ramai orang.

    Banyak perkara yang berlangsung, termasuklah sesi perkongsian ilmu mengenai cara pengambilan makanan yang betul.

    Nutrition Day Nestlé
    Karnival Nestlé Home of Good Nutrition Day terima sambutan hangat pengamal media Malaysia.

    “Bukan sekadar cakap, tapi kena hidupkan nilai pemakanan sihat itu sendiri”

    Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, acara ni bukan sekadar suka-suka:

    “Di Nestlé, kami percaya pemakanan sihat bukan hanya satu topik ia perlu jadi sebahagian daripada gaya hidup harian kita. Penganjuran Nutrition Day ini ialah cara kami zahirkan komitmen itu, terutama untuk rakan-rakan media yang banyak membantu menyebar info kesihatan kepada masyarakat,” katanya.

    Bila difikirkan semula, memang betul golongan media ni antara yang paling sibuk, kalau mereka sendiri tak jaga kesihatan, siapa nak jadi contoh pada masyarakat, betul tak?

    Nutrition Day Nestlé
     Encik Juan Aranols (berbaju kelabu) turun padang beramah mesra dan melawat booth yang dibuka pada hari tersebut.

    Bukan itu sahaja, Encik Juan Aranols turut menekankan yang program ini adalah sebahagian daripada strategi global Nestlé, iaitu Good For You, yang menyentuh aspek pembangunan produk sihat, pendidikan pengguna dan mempromosi gaya hidup sihat:

    “Sama ada melalui program seperti MILO Malaysia Breakfast Day, Nestlé Omega Walk a Million Miles atau usaha hari ini bersama warga media, semuanya cerminan kepada komitmen kami dalam membina masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera,” tambahnya lagi.

    Nutrition & rasa? Dua-dua pun onz!

    Nutrition Day Nestlé

    Kalau korang ingat makanan sihat tu kena hambar dan tawar, korang silap besar! Nestlé Malaysia buktikan yang rasa sedap dan khasiat boleh didapati dalam produk mereka.

    “Rasa tetap penting lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana makanan adalah budaya. Kami percaya gabungan rasa sedap dan nilai pemakanan yang tinggi boleh dijadikan norma,” jelas Juan.

    Contoh paling ketara? Produk seperti MILO Intense Dark Chocolate dan MAGGI Syiok Aglio Olio. Dua-dua bukan je sedap, tapi juga diperakui Halal dan lulus logo HCL (Healthier Choice Logo). Power, kan?

    Nutrition Day Nestlé banyak aktiviti

    Nutrition Day Nestlé

    Kalau korang fikir Nutrition Day ni macam seminar bosan, korang silap lagi. Sepanjang program, pengunjung berpeluang buat pemeriksaan kesihatan percumajumpa pakar pemakanan, sertai kuiz Nestlé selain, berpeluang merasai sendiri produk-produk keluaran Nestlé seperti Nestlé OMEGA PLUS, MAGGI Air Fryer Marinade, Milo, Nescafe, dan susu Everyday.

    Ada juga booth Nestlé Home of Good, tempat korang boleh dapat idea resepi sihat, tip gaya hidup, dan info produk, semua dalam satu tempat!

    Ilmu pemakanan penting, tapi kena praktikal

    Nutrition Day Nestlé

    Ketika ditemui, Puan Wong Mei Ching, Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé Malaysia, menjelaskan yang fokus utama Nestlé sekarang ialah menyediakan produk yang sihat sambil bantu rakyat buat pilihan bijak.

    “Nutrition Day ini ialah cara kami dekati rakyat, kongsi ilmu yang praktikal, mudah difahami dan boleh terus diaplikasi,” katanya.

    Berdasarkan data NHMS 2023, kadar obesiti dan penyakit berkaitan diet semakin meningkat di Malaysia. Tapi menurut Mei Ching, masalah utama adalah kurangnya kesedaran tentang saiz hidangan, pengambilan gula dan garam, serta kekurangan nutrien penting.

    “Kami percaya tiada makanan ‘baik’ atau ‘buruk’ yang penting ialah corak pemakanan secara keseluruhan. Sebab tu kami terus labur dalam inovasi produk dan juga program komuniti,” tambahnya lagi.

    Berikut ialah Inisiatif Nestlé jadikan produk mereka lebih sihat

    • 49 produk Nestlé dah dapat pensijilan HCL (termasuk semua varian MILO!)
    • 42% produk mengandungi bahan positif macam bijirin penuh, kekacang dan buah-buahan
    • 2.7 bilion hidangan produk diperkaya dengan mikronutrien telah diedarkan tahun ni
    • Sejak 2017, gula dikurangkan dalam 81 produk dan garam dalam 58 produk!
    MENARIK:  AJL38: 90 Peratus Pentas Bakal Cipta Sejarah dengan Penggunaan LED

    Selain itu, Puan Wong Mei Ching turut berkongsi tips mengenai pemilihan dan pengambilan makanan yang baik.

    1. Baca label – Cari logo HCL, semak panel nutrisi, dan fahami kandungan.
    2. Kawal saiz hidangan – Tak perlu terus ‘diet’, mula dengan sukatan yang betul.
    3. Guna sumber yang dipercayai – Contohnya, laman web Home of Good by Nestlé yang penuh dengan resepi dan tip kesihatan.
    4. Konsisten – Pemakanan sihat ialah perjalanan, bukan perubahan semalaman.

    Nestlé komited mahu didik rakyat amal gaya hidup sihat

    Bagi Nestlé Malaysia, usaha ni tidak akan berhenti di sini. Dari sekolah hingga ke rumah, daripada produk harian hingga ke aktiviti komuniti…misi mereka ialah untuk jadi rakan setia rakyat Malaysia dalam perjalanan menuju hidup yang lebih sihat dan bahagia.

    “Sudah lebih 113 tahun kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, dan kami akan terus melabur dalam inovasi, pendidikan dan kerjasama untuk masa depan yang lebih sihat,” ujar Juan mengakhiri perbualan.

    So guys, dah sampai masanya kita ambil tahu apa yang kita makan.

    Dengan adanya inisiatif seperti ini, memang tak ada alasan lagi nak amal gaya hidup sihat. Sebab sekarang, sihat pun boleh makan sedap-sedap!

    The post Nutrition Day Nestlé: Bukan Sekadar Sihat, Tapi Sedap first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah