28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norman Abdul Halim Sebak Cerita Keadaan Bapa Kritikal Tiga Minggu Sebelum Konsert – ‘Saya Ulang Alik Hospital’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Datuk Norman Abdul Halim, gagal menahan sebak ketika menceritakan keadaan bapanya, Abdul Halim Kamal, yang kini kurang sihat.

    Artikel Berkaitan: ‘Ramai Minta KRU Hasilkan Dokumentari Tapi Kami Rasa Belum Tiba Waktunya’

    Bapa tidak sihat

    Norman, 53, berkata, bapanya dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan tiga minggu lalu akibat masalah hati dan berada dalam keadaan kritikal sebelum menunjukkan perkembangan positif.

    Saya sebak ketika konsert sewaktu Edry menyebut tentang ayah kami. Saya pada awalnya sudah 50-50 sama ada mahu meneruskan konsert ini atau tidak.

    Sebab ayah saya kritikal beberapa minggu lalu. Dia dimasukkan ke dalam wad tiga minggu lalu. Dalam membuat persiapan, otak saya sangat semak.

    Ketika menjalani latihan, saya ulang-alik ke hospital untuk melawat dan lihat keadaan ayah.

    Norman berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai menjayakan Konsert GenKRU The Finale : One More Time yang berlangsung di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil, pada Sabtu.

    Bercerita lebih lanjut, Norman memaklumkan bahawa walaupun keadaan bapanya kini menunjukkan perkembangan positif, faktor kesihatan masih tidak mengizinkan beliau untuk hadir ke konsert berkenaan seperti yang diharapkan.

    Alhamdulillah, sekarang keadaan ayah bertambah baik. Cumanya, dia berharap dapat hadir ke konsert ini, namun faktor kesihatan tidak mengizinkan.

    Saya cakap dengan ayah jangan risau jika tidak dapat tonton konsert yang ini, mana tahu ada rezeki dapat datang ke konsert kami yang lain pada masa akan datang.

    Terdahulu, sewaktu konsert berlangsung, Norman bersama dua adik-beradiknya yang lain iaitu Datuk Yusry dan Edry tiba-tiba berasa sebak dan mengalirkan air mata apabila bercerita tentang ayah mereka.

    MENARIK:  Lelaki Mengkritik Azlee Senario Kerana Tidak Bersyukur Dengan Tawaran RM500 Sehari, Rakan Netizen Membela – 'Seharusnya Dihargai Lebih'

    Konsert GenKRU The Finale : One More Time berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 10,000 penonton. Sebanyak 16 buah lagu disampaikan dengan kemunculan beberapa penyanyi undangan termasuk Datin Juliana Banos, Adam AF, Elite dan Rabbani.

    The post Norman Abdul Halim Sebak Cerita Keadaan Bapa Kritikal Tiga Minggu Sebelum Konsert – ‘Saya Ulang Alik Hospital’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah