31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bantu agensi buat keputusan, Padu tawar khidmat analitik data mulai Mei

    Shopee Sale

    Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan memberi penekanan kepada aspek pelaksanaan serta peluasan perkhidmatan, khususnya dalam menawarkan analitik data kepada agensi kerajaan bagi menyokong proses membuat keputusan yang lebih berkesan.

    Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pendekatan baharu itu menandakan peralihan fungsi Padu daripada sekadar platform pengumpulan dan verifikasi data kepada instrumen perkhidmatan yang turut menyediakan analisis mendalam, bermula Mei ini.

    "Sebelum ini apabila agensi datang untuk memanfaatkan penggunaan Padu, perkhidmatannya lebih kepada bersifat mengesahkan data, sebab itulah kekuatan Padu sebagai platform mengumpulkan semua profil yang ada dalam negara. Jadi proses verifikasi inilah menjadi pilihan utama bagi mereka yang menggunakan khidmat Padu.

    "Untuk tujuan analitik ia melibat kepada penilaian lebih jauh. Contohnya, sekiranya ada program kerajaan yang berbentuk memberikan pinjaman atau geran, kita boleh menjalankan analisis kebolehupayaan penerima pinjaman itu untuk membuat bayaran balik atau tidak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi, di Putrajaya hari ini.

    Akmal Nasrullah berkata perkhidmatan analitik Padu membolehkan pelaksanaan intervensi seperti bantuan dan geran dilakukan secara lebih adil dan tepat kepada kumpulan sasaran.

    MENARIK:  Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sendekah

    "Jadi mana-mana pihak yang nak buat verifikasi ataupun analisis berkaitan data hanya perlu datang ke Padu kerana mereka boleh dapatkan segala datang yang mereka perlukan itu secara sekali gus,” katanya.

    Beliau berkata setakat Mac tahun ini, sebanyak 26 agensi dan jabatan kerajaan telah diluluskan untuk menggunakan Padu, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Digital Negara.

    Akmal Nasrullah berkata ketika ini, Padu mengandungi kira-kira 30.7 juta profil individu dan berfungsi sebagai pangkalan data dinamik yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan kerajaan lain.

    Beliau berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengkomersialkan Padu, sebaliknya kekal sebagai platform perkhidmatan kerajaan yang memudahkan akses kepada data secara berpusat.

    Akmal Nasrullah dalam pada itu berkata keberkesanan penggunaan Padu turut dibuktikan apabila sebuah agensi berjaya menjimatkan hingga 70 peratus masa dan tenaga dalam proses pengesahan data.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah