28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Mengkritik Azlee Senario Kerana Tidak Bersyukur Dengan Tawaran RM500 Sehari, Rakan Netizen Membela – ‘Seharusnya Dihargai Lebih’

    Shopee Sale



    Baru-baru ini pelawak, Azlee Senario meluahkan rasa terkilannya selepas pernah menerima tawaran tidak setimpal iaitu sebanyak RM500 sehari oleh pihak produksi yang tidak didedahkan nama.

    Lelaki dakwa Azlee bongkak?

    Terbaharu, seorang individu tampil mempersoalkan luahan Azlee itu menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi X.

    Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berpendapat Azlee tidak sepatutnya merungut dan perlulah bersyukur kerana masih lagi mendapat tawaran berlakon meskipun ditawarkan dengan harga yang rendah.

    Lebih parah, dia turut mempertikaikan ‘nilai’ Azlee yang dianggap semakin veteran di dalam dunia hiburan.

    Bongkaknya, orang lain kerja bagai nak mati kejar ‘basic’ RM1500, dia dapat tawaran RM500 sehari pun tak nak.

    Awak itu artis veteran ja, Senario pun dah terkubur, tak ada siapa kenal. Veteran lain banyak yang tak dapat job.

    Bayangkan kalau job dia lima hari, kalah gaji fresh grad.

    Bagai menuang minyak ke dalam api, individu tersebut turut membanding Azlee dengan selebriti Hollywood yang dianggap lebih  berbakat dan versatil.

    MENARIK:  Menikmati Kupang ‘Fresh’ Di Atas Bot Eksklusif & Keenakan Buah-Buahan Manis Dari Kebun, Ternyata Melbourne Syurga Pencinta Makanan!

    Walau bagaimanapun, ciapan lelaki tersebut menuai komen negatif daripada wargamaya yang ternyata tidak bersetuju dengan pandangannya itu.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah